Isu Sos McDonald’s: Polis Buka Kertas Siasatan - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu Sos McDonald’s: Polis Buka Kertas Siasatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Isu Sos McDonald’s: Polis Buka Kertas Siasatanlink :
Isu Sos McDonald’s: Polis Buka Kertas Siasatan
Baca juga
Isu Sos McDonald’s: Polis Buka Kertas Siasatan
MELAKA: Polis akan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan berhubung kes tular membabitkan pembelian sos cili di Restoran McDonald’s Taman Buaya, Ayer Keroh di sini.
Ia susulan laporan dibuat seorang pekerja wanita restoran makanan segera itu berusia 19 tahun dengan alasan berasa terancam dan risau tentang keselamatan dirinya, selepas pelanggan lelaki terlibat merakam insiden berkenaan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pengadu telah dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Melaka Tengah, manakala pelanggan yang menularkan perkara itu sedang dikesan bagi dirakam percakapan.
“Hasil siasatan awal mendapati, terdapat pelbagai versi cerita kejadian yang berlaku di mana versi lelaki tersebut, beliau diminta untuk membayar sos ekstra yang diminta walaupun terdapat pembelian makanan.
“Versi kedua adalah merupakan versi pengadu di mana dia dipaksa oleh lelaki tersebut untuk menjual 10 peket sos cili, walaupun telah diterangkan bahawa tiada pembelian sos cili dibenarkan kerana ia diberikan secara percuma oleh Mcdonald’s.
“Tiada kecederaan mahupun kerugian yang berlaku dalam kes ini. Kejadian berlaku pada 22 September 2023 antara pukul 10 sehingga 11.00 malam bertempat di Mcdonald’s Taman Buaya. Oleh sebab itu, pengadu membuat laporan polis kerana berasa terancam dan risau tentang keselamatan dirinya kerana lelaki tersebut telah merakam rakaman video yang terjadi dan tujuan laporan polis dibuat adalah untuk merujuk pihak syarikat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Sebelum ini, Mcdonald’s Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, tidak sengaja memberi jumlah sos cili yang tidak mencukupi menjadi punca seorang pelanggan berang sehingga tercetusnya insiden caj RM1 untuk sepeket sos cili.
Katanya, walaupun pekerja bertugas ketika itu menyediakan peket tambahan sos cili dengan segera, namun ia tidak meredakan keadaan, malah membuatkan pelanggan tersebut marah.
Dakwanya, pelanggan terlibat berkeras untuk membayar tambahan 10 peket sos cili dan menggesa petugas mengeluarkan resit bagi pembelian berkenaan.
Tambah Christopher, terdapat satu laporan polis dibuat penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang mana kompaun telah dikeluarkan terhadap Gerbang Alaf Sdn. Bhd. (Mcdonald’s) kerana didapati tidak mempamerkan tanda harga pada sos cili di premis terbabit.
“Hasil siasatan juga mendapati bahawa kejadian telah berlaku pada 22 September 2023 tetapi laporan polis dibuat pada 26 September 2023. Kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Kesihatan dan siasatan diteruskan,” jelasnya. – UTUSAN
Demikianlah Artikel Isu Sos McDonald’s: Polis Buka Kertas Siasatan
Sekianlah artikel Isu Sos McDonald’s: Polis Buka Kertas Siasatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Isu Sos McDonald’s: Polis Buka Kertas Siasatan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/09/isu-sos-mcdonalds-polis-buka-kertas.html