Selantang Mana Pun Kita Bersuara, Palestin Tetap Tidak Diiktiraf PBB..

Selantang Mana Pun Kita Bersuara, Palestin Tetap Tidak Diiktiraf PBB.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selantang Mana Pun Kita Bersuara, Palestin Tetap Tidak Diiktiraf PBB.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selantang Mana Pun Kita Bersuara, Palestin Tetap Tidak Diiktiraf PBB..
link : Selantang Mana Pun Kita Bersuara, Palestin Tetap Tidak Diiktiraf PBB..

Baca juga


Selantang Mana Pun Kita Bersuara, Palestin Tetap Tidak Diiktiraf PBB..

ISU Palestin sentiasa menjadi ungkapan dan salah satu isu hangat disentuh dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) setiap tahun. Pemimpin dunia khususnya dari negara-negara Islam menyentuh isu ini secara lantang dan penuh semangat, tidak terkecuali negara kita.

Setiap tahun ia dibangkitkan bukan hanya kerana berkaitan dengan orang Islam tetapi juga isu kemanusiaan sejagat. Isu Palestin ini bukan hanya mendapat sokongan dan dukungan negara-negara Islam, malah negara-negara bukan Islam.

Penindasan oleh rejim Zionis Israel tidak berkesudahan sejak lebih 70 tahun seolah-olah dunia khususnya kuasa besar dunia tidak mengambil berat tentang apa yang berlaku di Palestin. Palestin tetap tidak diiktiraf sebagai sebuah negara yang sah oleh dunia antarabangsa, khususnya kuasa besar utama.

Palestin sekali gus tidak diterima menjadi salah sebuah negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) – Palestin hadir dalam UNGA hanya sebagai pemerhati.

Kenapa ini berlaku dan berterusan dalam jangka masa begitu lama? Apakah Palestin tidak memenuhi syarat sebagai sebuah negara? Apakah UNGA dihadiri 198 negara dengan ketua kerajaan tidak mempunyai apa-apa makna dalam membuat keputusan besar yang amat penting seperti isu Palestin ini? Siapa atau peraturan mana yang menyekat Palestin daripada diiktiraf sebagai sebuah negara berdaulat?

Adakah UNGA hanya mainan kuasa besar utama di peringkat antarabangsa? Adakah semua keputusan besar antarabangsa hanya ditentukan oleh lima kuasa besar dunia, iaitu Amerika Syarikat (AS), Russia, China, Great Britain (GB) dan Perancis manakala negara-negara lain hanya watak sampingan tidak bermakna?

Dalam menganalisis dan membincangkan persoalan yang saya timbulkan di atas, Piagam PBB perlu dirujuk. Perkara 4(1) menyatakan tiga kriteria, iaitu pertama, peace loving state. Kedua, accept the obligation in the United Nations (UN) charter dan ketiga, able and willing to carry out the obligation.

State yang dimaksudkan dalam Perkara 4(1) ini adalah sebagaimana diterima umum, iaitu yang dicirikan oleh empat perkara. Pertama, mempunyai wilayah sempadan; kedua, penduduk/manusia; ketiga, kerajaan/efektif kerajaan; dan keempat, kedaulatan.

Perkara 4(2) adalah proses kemasukan, iaitu a decision of General Assembly upon the recommendation of Security Council. Perkara 4(2) ini yang menimbulkan beberapa kesukaran dan kompleks perjalanannya kerana kuasa sepenuhnya tidak terletak kepada Perhimpunan Agung tetapi kuasa ditentukan oleh Majlis Keselamatan. Majlis Keselamatan perlu memberi cadangan dan persetujuan terhadap mana-mana ahli baharu yang akan diterima.

Anggota tetap Majlis Keselamatan, iaitu AS, Russia, China, GB dan Perancis mesti memberi persetujuan sepenuhnya. Andai salah satu negara kuasa veto ini tidak memberi persetujuan, maka dengan sendirinya ia terbatal.

TAIWAN

Dalam situasi percaturan politik dan hubungan AS dengan Zionis Israel, kemasukan Palestin sebagai salah sebuah negara anggota PBB sukar sekali untuk diterima dan dipersetujui oleh AS.

Perhimpunan Agung tidak mempunyai kuasa dalam hal ini kerana syarat lebih awal adalah keputusan oleh Majlis Keselamatan. Kes kemasukan Palestin ini sama dengan keanggotan Taiwan sebagai negara anggota PBB. Proses Taiwan untuk menjadi negara anggota PBB mengikut Perkara 4(2) adalah sukar kerana China tidak akan sekali-kali menyokong. Walaupun AS dan semua anggota tetap Majlis Keselamatan menyokong, ia tetap tidak memenuhi syarat ditetapkan dalam Perkara 4(2) tersebut.

Daripada perbincangan ini dapat kita katakan bahawa Majlis Keselamatan mempunyai peranan besar dalam dunia antarabangsa, bukan sahaja dalam hal permohonan keanggotaan menjadi anggota PBB. Niat sebenar peraturan dibentuk dalam Majlis Keselamatan khususnya peranan dan kuasa lima kuasa besar utama adalah baik (ketika dalam suasana menjelang berakhirnya Perang Dunia Kedua).

Prinsip asasnya adalah kesepaduan kuasa besar utama (keputusan lima kuasa utama yang bersahabat) mempunyai hubungan baik dalam Perang Dunia Kedua melawan musuh bersama, iaitu Jerman, Itali dan Jepun).

Keadaan mula berubah mulai akhir 1940-an dan awal 1950-an apabila bermulanya Perang Dingin serta terbentuknya dua kem dalam kalangan kuasa besar utama. AS, GB dan Perancis di satu pihak manakala Kesatuan Soviet dan China komunis di satu pihak lain. Keputusan menjadi sukar dan banyak tertakluk kepada kepentingan kem tertentu sama ada kapitalis-demokratik (diketuai AS) dan komunis-sosialis (diketuai Kesatuan Soviet).

Adakah mungkin kedudukan kuasa veto dalam Majlis Keselamatan boleh dipinda dan disusun semula demi kebaikan sejagat dan sesuai dengan situasi politik antarabangsa semasa?

Perkara 108 Piagam PBB ada memperuntukkan ia boleh dipinda dengan syarat mendapat persetujuan dua pertiga Perhimpunan Agung dan semua lima kuasa besar utama. Persoalan pindaan ini pernah ditimbukan oleh sekumpulan negara sedang membangun tetapi amat sukar untuk mendapat sokongan dua pertiga Perhimpunan Agung dan kelima-lima negara kuasa veto.

Dengan perkembangan dan latar belakang yang berlaku, mustahil lima kuasa veto ini akan menyerahkan kuasa mereka dengan bersetuju untuk pindaan.


Dalam hal pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara dan permohonan untuk menjadi salah sebuah negara anggota PBB adalah sukar. 

Banyak resolusi oleh Perhimpunan Agung seperti Resolusi 3236 (XXIX), 2 November 1974; Resolusi 66/146, 19 Disember 2011; Resolusi 43/177, 15 Disember 1988; Resolusi 52/250, 7 Julai 1998; dan Resolusi 67/19, 4 Disember 2012 tidak membawa makna besar kepada penduduk Palestin.

Sehingga kini sebanyak 132 negara anggota PBB mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

Dalam keadaan hubungan rapat dan kepentingan antara AS dan Israel, persetujuan daripada AS agak sukar untuk dicapai. Walaupun dengan semua anggota Majlis Keselamatan yang lain bersetuju, AS boleh membatalkan semua keputusan.

 

Profesor Madya Dr. Mohd. Noor Yazid 
Felow Penyelidik Kanan, Kluster Pembangunan & Etnografi, 
Institut Kajian Orang Asal Borneo, 
Universiti Malaysia Sabah

Asal artikel dari SINI


Demikianlah Artikel Selantang Mana Pun Kita Bersuara, Palestin Tetap Tidak Diiktiraf PBB..

Sekianlah artikel Selantang Mana Pun Kita Bersuara, Palestin Tetap Tidak Diiktiraf PBB.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selantang Mana Pun Kita Bersuara, Palestin Tetap Tidak Diiktiraf PBB.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/09/selantang-mana-pun-kita-bersuara.html

Subscribe to receive free email updates: