Menara Milik Bekas Menteri Kewangan Disita SPRM

Menara Milik Bekas Menteri Kewangan Disita SPRM - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Menara Milik Bekas Menteri Kewangan Disita SPRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menara Milik Bekas Menteri Kewangan Disita SPRM
link : Menara Milik Bekas Menteri Kewangan Disita SPRM

Baca juga


Menara Milik Bekas Menteri Kewangan Disita SPRM

KUALA LUMPUR: Bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai, di sini, yang dikatakan milik keluarga bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Notis penyitaan bangunan setinggi 60 tingkat itu bertarikh 18 Disember lalu disiarkan hari ini melalui ruangan pemberitahuan sebuah portal berita, dengan ditandatangani Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib.

Ia ditujukan kepada Pendaftar Hak Milik, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.

Daim sebelum ini dilaporkan antara yang turut disiasat SPRM berkait transaksi korporat bernilai RM2.3 bilion pada November 1997 yang membabitkan Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM), dua entiti yang juga bekas tonggak perniagaan dikaitkan dengan UMNO ketika parti itu mentadbir negara.

Siasatan itu kesinambungan daripada pendedahan dokumen sulit oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berhubung transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.

Susulan itu, SPRM pada Jun lalu membekukan akaun bank berjumlah lebih RM39 juta antara lain membabitkan milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar 'Tan Sri' dan ahli keluarga mereka.

Pembekuan itu membabitkan 192 akaun bank, merangkumi 35 akaun syarikat dan 157 akaun individu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, siasatan itu bertumpu pada Seksyen 23 Akta SPRM 2009, berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapat suapan dan kesalahan pengubahan wang haram di bawah Seksyen 4 (1) AMLATFPUAA 2001.

Bagaimanapun tiada sebarang makluman dinyatakan SPRM mengenai punca bangunan milik keluarga Daim itu disita sebagai harta tak alih pada Isnin lalu mengikut Seksyen 38(1) Akta SPRM 2009.

Susulan notis itu, sebarang urusan mengenai Menara Ilham adalah dilarang.

"Bahawa terdapat harta tak alih - seperti dalam jadual - adalah hal perkara suatu kesalahan di bawah Akta SPRM 2009. Dengan ini, mengeluarkan notis kepada kamu supaya menyita harta tak alih seperti dalam jadual tersebut; dan melarang segala urusan tentang harta tak alih itu.

"Kamu hendaklah serta-merta mencatatkan terma Notis ini pada dokumen hak milik yang berkenaan dengan harta tak alih itu dalam daftar di pejabat kamu," katanya. BH masih cuba mendapatkan komen Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengenai tindakan pihaknya menyita bangunan terbabit.

Menara Ilham difahamkan mempunyai ketinggian 274 meter merangkumi hotel empat bintang, pejabat rasmi, galeri, medan selera serta kedai cenderamata, manakala sebanyak 33 tingkat aras untuk kegunaan pejabat dan selebihnya adalah apartmen.

Ia siap dibina pada 2015 juga dikenali sebagai Menara IB, singkatan kepada Ilham Baru - BH
IKLAN


AULORA Socks with KODENSHI® direka menggunakan Fiber KODENSHI® yang membantu menyerap suhu badan pemakai sambil membekalkan jumlah tekanan lembut untuk sokongan yang menyeluruh dan selesa.

KEBAIKKAN AULORA Socks with KODENSHI® 

- Membantu melancarkan peredaran darah 
- Mengurangkan sakit, lenguh atau bengkak di kaki 
- Sesuai untuk mereka yang banyak berdiri dan berjalan 
- Sangat baik untuk Wanita mengandung dan selepas bersalin. 
- Menghilangkan bau kaki 
- Membantu masalah tidur 
- Memulihkan tumit kaki yang pecah atau mengelupas 
- Detoksifikasi

Jika berminat untuk mendapatkannya sila WhatsApp dengan klik pada imej di bawah





Demikianlah Artikel Menara Milik Bekas Menteri Kewangan Disita SPRM

Sekianlah artikel Menara Milik Bekas Menteri Kewangan Disita SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Menara Milik Bekas Menteri Kewangan Disita SPRM dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/12/menara-milik-bekas-menteri-kewangan.html

Subscribe to receive free email updates: