Rasuah Projek RTB? Ini Jawapan Nik Nazmi

Rasuah Projek RTB? Ini Jawapan Nik Nazmi - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rasuah Projek RTB? Ini Jawapan Nik Nazmi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rasuah Projek RTB? Ini Jawapan Nik Nazmi
link : Rasuah Projek RTB? Ini Jawapan Nik Nazmi

Baca juga


Rasuah Projek RTB? Ini Jawapan Nik Nazmi

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad menafikan dakwaan wujud elemen rasuah dalam projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dikendalikan kementerian berkenaan.

Mengancam mengambil tindakan sivil dalam perkara itu, Nik Nazmi menyifatkan tuduhan Ahli Jawatankuasa Penerangan BERSATU, Badrul Hisham Shaharin tidak berasas dan berniat jahat, selain memberi gambaran lelaki itu tidak memahami proses perolehan dan peruntukan belanjawan kerajaan.

Katanya, kerajaan sudah menilai semula cadangan projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi bagi memberi keutamaan di kawasan kritikal.

Beliau berkata, siling peruntukan pembangunan keseluruhan 33 projek RTB yang ditetapkan Kementerian Kewangan pula bernilai RM11.8 bilion, bukannya RM16.6 bilion seperti tuduhan Badrul Hisham.


"Hampir semua projek RTB kerajaan pada 2023 masih melalui proses tender, selain Surat Setuju Terima (SST) sudah dikeluarkan bagi 19 projek, tahun ini. Belum ada dan diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan.

"Projek RTB kerajaan juga melalui proses perolehan yang telus, membabitkan tatakelola Kementerian Kewangan serta mesyuarat Lembaga Perolehan yang tidak dianggotai saya.

"Ia bukan kali pertama Chegu Bard membuat tuduhan liar dan tidak berasas. Beliau sudah beberapa kali kalah saman kerana terbukti memfitnah. Saya menafikan fitnah ini dan akan mengambil tindakan undang-undang sivil dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Badrul Hisham membuat laporan polis, menggesa siasatan dijalankan dan menuduh ada kes rasuah projek RTB bernilai lebih RM16 bilion susulan kononnya kebocoran dokumen sulit mengenai surat ditandatangani Nik Nazmi kepada Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada April lalu.

Beliau mendakwa, surat berkenaan menyatakan kementerian diterajui Nik Nazmi meminta kelulusan Anwar bagi projek RTB di seluruh negara secara rundingan terus dengan beberapa syarikat disenaraikan kementerian berkenaan.

Malah Badrul Hisham turut mendakwa kos projek terbabit meningkat kepada RM16.64 bilion, membabitkan peruntukan bernilai RM500 juta atas nama Pasukan Khas Projek RTB secara 'off budget', selain semua syarikat dikatakan dipaksa menandatangani perjanjian bersetuju memberi komisyen kepada proksi menteri dan orang dalam kerajaan.

Perjanjian itu dikatakan dibuat bagi membayar fi perunding cara - BH


Demikianlah Artikel Rasuah Projek RTB? Ini Jawapan Nik Nazmi

Sekianlah artikel Rasuah Projek RTB? Ini Jawapan Nik Nazmi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rasuah Projek RTB? Ini Jawapan Nik Nazmi dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/12/rasuah-projek-rtb-ini-jawapan-nik-nazmi.html

Subscribe to receive free email updates: