Oooo.. Perli Ye Tun??

Oooo.. Perli Ye Tun?? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Oooo.. Perli Ye Tun??, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Oooo.. Perli Ye Tun??
link : Oooo.. Perli Ye Tun??

Baca juga


Oooo.. Perli Ye Tun??

Salah satu mitos yang tersebar berkenaan ‘gelaran’ di tanah air kita ialah kononnya pemilik gelaran ‘Tun’ adalah kebal daripada sebarang dakwaan di mahkamah atau tindakan undang-undang ataupun bak kata orang kampong aku (Sungai Derhaka) “Above the law”..

Ini sebenarnya adalah auta, Individu bergelar Tun tidaklah mempunyai imuniti dalam semua situasi.


Sekiranya dia melakukan kesalahan, individu tersebut tetap akan dibicarakan dan jika bersalah, akan dihukum sebagaimana individu yang tidak memegang sebarang gelaran.

Ini telah terbukti dalam kes yang melibatkan Mantan Presiden MCA, Tun Ling Liong Sik dimana beliau telah diseret ke Mahkamah dalam skandal pembangunan Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang atau PKFZ.

Dalam dakwaan melibatkan tiga tuduhan terhadap beliau, Tun Ling Liong Sik dibuktikan tidak bersalah terhadap tuduhan berlakunya penyelewengan semasa beliau menjawat jawatan Menteri Pengangkutan.

Hakikatnya tak kiralah apa saja gelaran yang dibawa oleh seseorang individu di negara kita ini baik Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Datuk atau apa saja gelaran, selagi mereka memegang kerakyatan negara Malaysia, mereka adalah tertakluk kepada undang-undang negara kita.. harap maklum!

Jadi samada Tun Mahathir setuju atau tidak setuju tak jadi hal sebab pemegang gelaran ‘Tun’ bukan ‘Above The Law’..

Tapi… Kenyataan Tun Dr Mahathir supaya 'tahan reman' semua orang yang memiliki pangkat Tun jika mereka enggan mendedahkan hasil kekayaan mereka bunyi macam perli saja tu..

Kalau macam tu.. Mohon SPRM siasat semula kes-kes penyelewengan dana dan kerugian Perwaja Steel, projek hidroelektrik Bakun, MISC, PKFZ, Maminco dan kes-kes melibatkan anak-anaknya seperti Kenchana Petroleum, dan kekayaan anak-anak dan cucu-cucunya...

Laporan berkaitan..

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju supaya semua mereka yang bergelar 'Tun' termasuk beliau sendiri disiasat dan ditahan reman jika gagal menjelaskan sumber pendapatan.


"Saya bersetuju sepenuhnya bahawa Tun perlu disiasat. Jika mereka tidak dapat menjelaskan di mana atau bagaimana mereka mendapat wang itu, harta mereka harus disita.

"Tidak perlu mendapatkan dokumen bukti mengenai salah laku mereka. Syak wasangka sahaja sudah memadai. Tun bukan sahaja perlu disiasat. Mereka juga perlu direman sehingga mereka mendedahkan sumber wang mereka. Jika tidak, itu pasti kerana mereka sembunyikan," katanya sinis dalam hantaran di Facebook.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berhubung dakwaan pengubahan wang haram dan rasuah.

Pada Isnin lalu, SPRM menyita Menara Ilham di Jalan Binjai, di sini yang dikatakan milik keluarga Daim berkait dengan siasatan itu.

Dr Mahathir berkata, jika wang itu benar-benar berpunca daripada rasuah, ia mesti dibanteras dengan apa cara sekalipun, namun menganggap jika Peguam Negara (AG) berpendapat tuduhan itu berpunca daripada politik, beliau berhak tidak meneruskan pendakwaan.

"Pasport hendaklah dikembalikan. Ini adalah hak AG. Mahkamah tidak boleh mempersoalkan keputusan AG," katanya.

Beliau berkata Malaysia amat mematuhi kedaulatan undang-undang sehingga pesalah kali pertama pun terpaksa melaluinya.

"Jika hukuman sebat adalah wajib maka pesalah hendaklah disebat. Di Malaysia undang-undang adalah tertinggi. Kita semua mesti mematuhinya," katanya - BH


Demikianlah Artikel Oooo.. Perli Ye Tun??

Sekianlah artikel Oooo.. Perli Ye Tun?? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Oooo.. Perli Ye Tun?? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/12/oooo-perli-ye-tun.html

Subscribe to receive free email updates: