RM9.62 Juta Kutipan Zakat Diseleweng?

RM9.62 Juta Kutipan Zakat Diseleweng? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RM9.62 Juta Kutipan Zakat Diseleweng?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RM9.62 Juta Kutipan Zakat Diseleweng?
link : RM9.62 Juta Kutipan Zakat Diseleweng?

Baca juga


RM9.62 Juta Kutipan Zakat Diseleweng?

Ipoh: Polis Perak mengesahkan penahanan dua individu berhubung siasatan ke atas sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen kutipan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) selepas disyaki menyeleweng kutipan zakat sebanyak RM9.62 juta.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata dua ejen yang ditahan itu masing-masing seorang lelaki dan wanita.

"Ada tangkapan, (membabitkan) seorang lelaki dan seorang wanita.

"Ejen gagal deposit wang kutipan zakat.

"Baru tangkapan, kita sedang siasat nanti bagi maklumat lagi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Yusri bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci mengenai hubungan antara dua suspek yang ditahan itu, di mana tangkapan dibuat, serta sama ada dua yang ditahan itu adalah pemilik syarikat atau pekerja.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dilapor berkata polis menyiasat sebuah syarikat dilantik sebagai ejen kutipan zakat oleh MAIPk selepas disyaki menyeleweng kutipan zakat sebanyak RM9.62 juta.

Siasatan dijalankan selepas syarikat terbabit dipercayai gagal mendepositkan wang zakat bermula Mac hingga September 2023, yang mana kes itu antara empat kes jenayah pecah amanah berkait kutipan zakat sepanjang tahun lalu dengan jumlah keseluruhan kerugian berjumlah RM9.71 juta.

Kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dengan setakat semalam, dilapor terdapat individu yang akan dipanggil dalam masa terdekat.

Sementara itu, difahamkan MAIPk tidak boleh memberi sebarang kenyataan buat masa sekarang memandangkan perkara itu masih dalam siasatan dan tindakan polis - myMetro

IKLAN



Demikianlah Artikel RM9.62 Juta Kutipan Zakat Diseleweng?

Sekianlah artikel RM9.62 Juta Kutipan Zakat Diseleweng? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RM9.62 Juta Kutipan Zakat Diseleweng? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2024/01/rm962-juta-kutipan-zakat-diseleweng.html

Subscribe to receive free email updates: