Bill Kayong: Polis, Interpol kerjasama buru ‘Datuk’

Bill Kayong: Polis, Interpol kerjasama buru ‘Datuk’ - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bill Kayong: Polis, Interpol kerjasama buru ‘Datuk’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bill Kayong: Polis, Interpol kerjasama buru ‘Datuk’
link : Bill Kayong: Polis, Interpol kerjasama buru ‘Datuk’

Baca juga


Bill Kayong: Polis, Interpol kerjasama buru ‘Datuk’

| August 29, 2016


Polis menunggu maklumat Interpol berhubung lokasi terkini Datuk itu yang kali terakhir dikesan berada di Singapura pada 3 Julai lepas ketika dalam perjalanan menuju ke Australia.


Sarawak-CID-chief-SAC-Dev-Kumar


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini bekerjasama dengan Interpol untuk mengesan lokasi lelaki bergelar ‘Datuk’ yang disyaki dalang utama pembunuhan Setiausaha PKR Miri Bill Kayong pada Jun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata pihaknya sedang menunggu maklumat daripada Interpol berhubung lokasi terkini Datuk berusia 45 tahun itu yang kali terakhir dikesan berada di Singapura pada 3 Julai lepas ketika lelaki itu dalam perjalanan menuju ke Australia.

“Polis masih berhubung dengan pihak Interpol bagi mengesan lokasi terkini suspek dan setakat ini, kami masih belum terima apa-apa maklumat,” katanya.

Ditanya sama ada polis akan mengekstradisi suspek, beliau berkata pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan berikutan lokasi suspek masih belum dikenal pasti.

Dalam perkembangan sama, Dev berkata pihaknya dalam proses membatalkan lesen 7 senjata api yang dimiliki lelaki berkenaan.

“Semua senjata api milik suspek mempunyai lesen yang sah dan kami kini dalam proses untuk membatalkannya,” katanya.

Dalam satu serbuan di kediaman lelaki itu di Miri, Sarawak Khamis lepas (24 Ogos), polis menemukan dan merampas 7 senjata api dan lebih 600 butir peluru.

Dua pistol yang dirampas itu dimiliki lelaki berkenaan untuk keselamatan diri dan lesen dikeluarkan oleh polis, manakala 5 senapang patah untuk digunakan polis bantuan dengan lesen dikeluarkan Pejabat Daerah Miri.

Senjata api yang dirampas adalah sepucuk pistol jenama Glock, sepucuk rifle jenama Ruger Ranch Rifle .223 dan 5 senapang patah.

Peluru yang dirampas termasuklah 416 butir peluru pistol, 206 peluru senapang patah dan sebutir peluru GFL 9MM Luger.

Kayong, 43, atau nama Islamnya Mohd Hasbie Abdullah, ditembak mati dalam Toyota Hilux kira-kira 8.30 pagi pada 21 Jun, di persimpangan lampu isyarat di Lutong dekat pasar raya E-Mart di Jalan Miri-Bintulu.



Demikianlah Artikel Bill Kayong: Polis, Interpol kerjasama buru ‘Datuk’

Sekianlah artikel Bill Kayong: Polis, Interpol kerjasama buru ‘Datuk’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bill Kayong: Polis, Interpol kerjasama buru ‘Datuk’ dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/bill-kayong-polis-interpol-kerjasama.html

Subscribe to receive free email updates: