Judul : Empat maut dalam nahas di Tanjung Malim
link : Empat maut dalam nahas di Tanjung Malim
Empat maut dalam nahas di Tanjung Malim
ANTARAPOS.COMTANJUNG MALIM: Empat termasuk dua kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 405 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, awal pagi tadi.
Dalam kemalangan jam 1.20 pagi itu, kenderaan Honda Stream, Proton Suprima, Nissan Frontier dan Perodua Axia, dipercayai berlanggar sesama sendiri sehingga ada yang terbalik.
Jurucakap bomba berkata, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dan Tanjung Malim dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan jam 1.27 pagi.
"Empat mangsa iaitu dua dewasa dan dua kanak-kanak yang menaiki Honda Stream meninggal dunia di tempat kejadian.
"Enam mangsa dilaporkan selamat manakala dua lagi cedera dan dihantar ke Hospital Slim River untuk dirawat," katanya.
Identiti semua mangsa belum dapat dipastikan.
Demikianlah Artikel Empat maut dalam nahas di Tanjung Malim
Sekianlah artikel Empat maut dalam nahas di Tanjung Malim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Empat maut dalam nahas di Tanjung Malim dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/empat-maut-dalam-nahas-di-tanjung-malim.html