Gesa formula satu lawan satu dilaksanakan

Gesa formula satu lawan satu dilaksanakan - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gesa formula satu lawan satu dilaksanakan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gesa formula satu lawan satu dilaksanakan
link : Gesa formula satu lawan satu dilaksanakan

Baca juga


Gesa formula satu lawan satu dilaksanakan

Ahmad Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli Shaari - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
 
 
SHAH ALAM - Pemuda Pas berharap agar formula satu lawan satu dapat dilaksanakan menjelang PRU akan datang.

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, rundingan dalam bentuk persefahaman secara tak rasmi perlu dibentuk bagi memastikan pelaksanaan tersebut dapat dicapai.

"Sebab itu kami (Pas) di Kelantan masih berurusan dgn PKR dan kita juga merupakan sebahagian dari kerajaan di Selangor,"katanya ketika Wacana Sinar Harian bertajuk Politik Malaysia: "Di Manakah Melayu?" yang diadakan di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) hari ini.

Fadhli berkata, dalam PRU akan datang, Pas harus dilihat sebagai sebuah parti yang sesuai untuk menggantikan Umno memandangkan ia bukannya berjuang hanya untuk orang Melayu sahaja.

Sebagi contoh, beliau memaklumkan bahawa Pas turut meletakkan calon daripada ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas Pusat (DHPPP) untuk bertanding dalam PRN Sarawak yang lalu.

“Walaupun pada hakikatnya Pas mengalami kemerosotan dari aspek undi bukan Melayu dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar lalu, namun dalam PRK Romping peratusan undi yang diperoleh Umno jauh lebih merosot dari Pas,”katanya

Dalam pada itu, Fadhli memaklumkan bahawa parti itu turut memberi ruang kepada Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dalam usaha bagi mewujudkan persefahaman di antara kedua-dua pihak.

“Bila Pengerusi Penaja Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Kelantan baru-baru ini, kita menghulurkan salam secara tak rasmi dengan membenarkan mereka menggunakan Stadium Ketereh.

“Maknanya, inilah persefahaman yang akan dibentuk menjelang PRU akan datang dan satu lawan satu itu perlu,”katanya.




Demikianlah Artikel Gesa formula satu lawan satu dilaksanakan

Sekianlah artikel Gesa formula satu lawan satu dilaksanakan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gesa formula satu lawan satu dilaksanakan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/gesa-formula-satu-lawan-satu.html

Subscribe to receive free email updates: