Judul : Kami mahu ‘tangkap MO1’ di Dataran, bukan tempat lain, kata penganjur
link : Kami mahu ‘tangkap MO1’ di Dataran, bukan tempat lain, kata penganjur
Kami mahu ‘tangkap MO1’ di Dataran, bukan tempat lain, kata penganjur
Katanya, pertukaran lokasi akan mengelirukan peserta himpunan, dan publisiti mengenai tempat berhimpun di Dataran Merdeka sudah dilakukan.
PETALING JAYA: Penganjur Himpunan #TangkapMO1 bertegas tidak akan berpindah ke lokasi lain termasuk ke Padang Merbok seperti disarankan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz.
Jurucakap kumpulan itu, Anis Syafiqah Mohd Yusuf berkata pertukaran lokasi akan mengelirukan peserta himpunan selain publisiti juga sudah dilakukan memaklumkan perhimpunan akan diadakan di Dataran Merdeka.
“Sudah banyak program lain yang dianjurkan di Dataran Merdeka. Jadi tidak ada sebab kenapa kita tidak boleh berhimpun di sana.
“Dataran Merdeka tempat paling sesuai untuk himpunan. Mudah untuk rakyat datang menaiki pengangkutan awam,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata himpunan tersebut berlangsung selama dua hingga tiga jam sahaja pada 27 Ogos ini dan bukannya selama tiga hari dua malam.
“Perarakan Merdeka hanya pada 31 Ogos. Jadi, himpunan kita tidak mengganggu acara sambutan merdeka. Kita hanya berhimpun dua hingga tiga jam, pada 27 Ogos. Bukan himpunan 3 hari 2 malam,” katanya.
Malaysiakini melaporkan Amin berkata DBKL tidak mungkin membenarkan aktivis pelajar berhimpun di Dataran Merdeka, sebaliknya mencadangkan ia diadakan di Padang Merbok.
Amin dipetik sebagai berkata dasar standard DBKL ialah untuk membenarkan peserta perhimpunan menggunakan Padang Merbok.
Semalam, polis membenarkan perhimpunan berkenaan diadakan selepas perbincangan antara penganjur dan polis mencapai kata sepakat.
Tunjuk perasaan itu diadakan sebagai respons kepada inisiatif Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan tuntutan sivil untuk merampas aset “yang diperoleh daripada komplot antarabangsa menerusi penyelewengan dana daripada 1MDB”.
Tuntutan DoJ itu menamakan beberapa individu termasuk seorang pegawai yang digelar Malaysian Official 1 (MO1).
Demikianlah Artikel Kami mahu ‘tangkap MO1’ di Dataran, bukan tempat lain, kata penganjur
Sekianlah artikel Kami mahu ‘tangkap MO1’ di Dataran, bukan tempat lain, kata penganjur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kami mahu ‘tangkap MO1’ di Dataran, bukan tempat lain, kata penganjur dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/kami-mahu-tangkap-mo1-di-dataran-bukan.html