Judul : Nasib Chegubard akan diketahui beberapa hari lagi - PKR
link : Nasib Chegubard akan diketahui beberapa hari lagi - PKR
Nasib Chegubard akan diketahui beberapa hari lagi - PKR
Oleh Azizul Osman
SHAH ALAM: Seorang pemimpin PKR hari ini mengiyakan bahawa parti itu akan mengadakan perbincangan bagi memutuskan status ahlinya yang digantung, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard dalam masa terdekat.
Menurut Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul, mesyuarat Jawatankuasa Displin yang akan diadakan beberapa hari lagi bakal membincangkan beberapa isu termasuklah kemungkinan pemecatan Chegubard.
"Ya (memang ada Mesyuarat Biro Politik) sebab akhirnya keputusan bukan Biro Politik yang buat tapi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang buat keputusan untuk pecat atau tidak dan mengesahkan.
"Saya difahamkan Jawatankuasa Displin sedang kendalikan kes dia (Chegubard) jadi mungkin dalam sedikit masa (beberapa hari lagi) mereka akan buat keputusan dan akan dimaklumkan kepada dia.
"Mungkin dalam sehari dua lagi (mesyuarat diadakan)," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Jelasnya, apa-apa keputusan sama ada untuk memecat mahupun menggantung seseorang ahli parti akan diputuskan oleh MPP setelah Jawatankuasa Displin mengadakan mesyuarat dan perkara itu perlu dimaklumkan terlebih dahulu kepada Biro Politik PKR.
Bagi kes Chegubard, katanya proses berkenaan kini diperingkat Jawatankuasa Disiplin bagi memaklumkan kepada Biro Politik sebelum keputusan muktamad diumumkan oleh MPP.
"Dia (Mesyuarat Jawatankuasa Displin) ada banyak isu bukan kes Chegubard sahaja, ada beberapa isu yang lain. Dalam perlembangaan kita Lembaga Displin akan maklumkan kepada Biro Politik kemudian biro politik akan buat cadangan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP). Saya rasa itu yang sedang berlaku.
"Maknanya belum ada keputusan lagi. MPP kena buat keputusan," jelas Ahli Parlimen Sungai Petani itu.
Johari berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Chegubard hari ini yang memaklumkan bahawa Biro Politik PKR sedang mengambil keputusan untuk meluluskan usul memecat dirinya.
"Mendapat khabar....Biro Politik PKR ambil keputusan lulus usul pecat che'GuBard kerana tindakan ke SPRM. Kononnya perlu pecat segera sblm che'GuBard ke SPRM dan pergi lebih jauh.
"Saya baru dihantar oleh kawan MPP yg 'mereka' dah edar surat kutip sign (tanda tangan) persetujuan sokongan semua MPP," dakwa Chegubard menerusi satu status di Facebook beliau.
Tindakan pecat itu berkemungkinan diambil PKR berikutan Chegubard yang agresif mendedahkan kononnya terdapat salah laku dalam kerajaan negeri Selangor pimpinan Datuk Seri Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR.
Chegubard sebelum ini dilaporkan akan akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai salah laku Azmin, Jumaat depan.
Ia berhubung kontroversi penukaran status tanah di Lot 68054 Paya Indah Wetlands, Selangor.
Chegubard mendakwa kerajaan negeri pimpinan Azmin memulakan usaha pelengkungan semula Paya Indah Wetlands di lot 68054 Mukim Tanjong Dua Belas Kuala Langat.
Ujarnya, keadaan itu bakal mengganggu ekosistem keseluruhan Paya Indah Wetlands yang dikelaskan sebagai kawasan tanah lembab di bawah Konvensyen Ramsar.
Malah pihaknya juga bertindak menghantar surat kepada kepimpinan tertinggi PKR bagi melakukan siasatan salah laku mengaitkan Azmin dan exco kerajaan negerinya, Elizabeth Wong.
Elizabeth pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini bagaimanapun menafikan dakwaan Chegubard, sambil menjelaskan lot 68054 yang dibangkitkan Chegubard itu bukan milik Paya Indah Wetlands, sebaliknya dimiliki oleh syarikat swasta, Salak Land Development Sdn Bhd.
Demikianlah Artikel Nasib Chegubard akan diketahui beberapa hari lagi - PKR
Sekianlah artikel Nasib Chegubard akan diketahui beberapa hari lagi - PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Nasib Chegubard akan diketahui beberapa hari lagi - PKR dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/nasib-chegubard-akan-diketahui-beberapa.html