Suspek bergelar 'datuk' kes tembak Bill Kayong dikesan di Australia

Suspek bergelar 'datuk' kes tembak Bill Kayong dikesan di Australia - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Suspek bergelar 'datuk' kes tembak Bill Kayong dikesan di Australia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suspek bergelar 'datuk' kes tembak Bill Kayong dikesan di Australia
link : Suspek bergelar 'datuk' kes tembak Bill Kayong dikesan di Australia

Baca juga


Suspek bergelar 'datuk' kes tembak Bill Kayong dikesan di Australia

MALAYSIA DATELINE
 
 
 
Bill Kayong Mohd Hasbie AbdullahBill Kayong Mohd Hasbie Abdullah


Pihak berkuasa Australia sudah mengetahui lokasi salah seorang suspek dikehendaki polis kerana dipercayai membunuh bekas Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Miri, Bill Kayong @ Mohd Hasbie Abdullah.

Perkara itu dinyatakan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Rod Smith yang enggan mendedahkan maklumat lanjut kerana kes tersebut tertakluk kepada proses undang-undang Australia.

Beliau menambah, ekstradisi suspek ke Malaysia juga tertakluk kepada proses undang-undang negara itu.

“Kita harus membenarkan proses undang-undang ini menjalankan tugasnya. Selebihnya, saya tidak boleh dedahkan di sini,” katanya ringkas pada sidang media di Kuching, Selasa lalu, lapor Borneo Post.

Salah seorang daripada dua suspek yang masih dikehendaki polis, Lee Chee Kiang atau dikenali Datuk Stephen Lee dipercayai melarikan diri ke Australia.

Pada 18 Ogos lalu, seorang daripada tiga suspek dikehendaki polis menyerah diri diiringi peguamnya di Balai Polis Krokop, justeru ketika ini hanya Lee dan seorang lagi suspek Kong Sien Ming masih bebas.

Polis Sarawak telah meminta bantuan Interpol untuk memburu dalang yang didakwa terbabit dalam pembunuhan Kayong, yang ditembak di persimpangan lampu isyarat di Lutong di Miri pada 21 Jun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Datuk Dev Kumar sebelum ini berkata, dalang kes itu dipercayai melarikan diri ke Melbourne, Australia melalui Singapura pada 3 Julai.

Pada 15 Julai, Mohamad Fitri Pauzi, 29, dituduh membunuh Kayong, manakala tertuduh kedua, Lie Chang Loon, 37, didakwa bersubahat dengannya.

Berikutan pembunuhan itu, polis menubuhkan pasukan petugas khas yang terdiri daripada pegawai-pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Sarawak untuk menjalankan siasatan.
Sembilan orang, termasuk seorang wanita berusia 22 tahun, ditahan di beberapa lokasi di Miri untuk membantu polis dalam siasatan mereka. Tujuh telah dibebaskan selepas keterangan mereka diambil.
Polis turut merampas senapang patah, dipercayai senjata pembunuhan, dari rumah salah seorang daripada dua tertuduh itu.

Kayong, 43, atau nama Islamnya Mohd Hasbie Abdullah, aktivis sosial terutama dalam isu tanah ditembak mati dari jarak dekat sekitar jam 8.30 pagi hari berkenaan.

Dalam kejadian itu, mangsa yang memandu seorang diri kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Desa Senadin menuju ke pejabat yang terletak di pusat bandar.

Semasa berhenti di lorong tengah lampu isyarat itu yang menghala arah ke Permyjaya, mangsa dipercayai ditembak menggunakan selaras senapang patah dari jarak dekat.

Pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) 7 lalu, beliau bertanding tetapi tewas kepada calon langsung BN Rosey Yunus di Bekenu.



Demikianlah Artikel Suspek bergelar 'datuk' kes tembak Bill Kayong dikesan di Australia

Sekianlah artikel Suspek bergelar 'datuk' kes tembak Bill Kayong dikesan di Australia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Suspek bergelar 'datuk' kes tembak Bill Kayong dikesan di Australia dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/suspek-bergelar-datuk-kes-tembak-bill.html

Subscribe to receive free email updates: