Harap Shazni Munir segera bersihkan hingusnya...

Harap Shazni Munir segera bersihkan hingusnya... - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Harap Shazni Munir segera bersihkan hingusnya..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Harap Shazni Munir segera bersihkan hingusnya...
link : Harap Shazni Munir segera bersihkan hingusnya...

Baca juga


Harap Shazni Munir segera bersihkan hingusnya...


  Dalam satu kenyataan, Ketua Komunikasi AMANAH, Khalid Samad menyambut baik pertemuan dua tokoh negarawan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

  Khalid berharap pertemuan mereka itu sebagai satu lonjakan sokongan terhadap pembangkang agar matlamat menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tercapai.

  Beliau menganggap ia satu 'gelombang baharu' dan gandingan kedua-dua pemimpin ini menjanjikan satu kekuatan kepada pakatan pembangkang. (Klik untuk ucapan Khalid yang menyambut baik pertemuan dua tokoh tersebut di sini)

 Tiba-tiba Naib Ketua Pemuda AMANAH buat komen yang mengarut dan merapu suruh Tun M lakukan yang bukan-bukan...  Ini sangat bertentangan dengan sikap inklusif yang patut ada pada parti Amanah Negara.

 Sikap keterbukaan Amanah dapat kita lihat sebagaimana yang dipaparkan oleh Dato Husam yang mengalu-alukan Tun M bertanding di Putra Jaya PRU 14 nanti?

  Begitu juga dengan sikap terbuka Khalid Samad yang sedia memberi laluankepada parti baru Tun M, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk bertanding menentang PAS dan Umno di kerusi majoriti Melayu.

  Kita harap Shazni Munir segera kesat dan bersihkan hingusnya yang sedang meleleh... baca teguran Datuk Khairuddin yang menganggapnya sebagai 'Budak Hingusan' :
 Penyokong tegar Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menempelak Naib Ketua Pemuda AMANAH, Shazni Munir Mohd Ithnin kerana mempersoalkan keikhlasan bekas perdana menteri itu untuk ‘berbaik-baik’ dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sambil melabel Munir sebagai “budak hingusan”, Khairuddin menyelar pemimpin belia AMANAH itu kerana gagal memahami kepentingan pertemuan kedua-dua mereka semalam.

 “Budak hingusan ini tak faham bahasa! Apabila Allah SWT mengizinkan pertemuan di antara Dr Mahathir dan Anwar, kita patut bersyukur kerana (ini) permulaan pertemuan di antara kedua-dua tokoh pemimpin ini berjalan secara baik serta harmonis!

 “Dalam ertikata lain, ini adalah permulaan yang amat ideal yang bakal memberi munafaat kepada keseluruhan bangsa Melayu, Islam dan keseluruhan rakyat di tanah air kita.

 “Pertemuan bersejarah ini juga adalah detik permulaan yang amat bermakna ke arah memantapkan lagi perpaduan sesama parti-parti pembangkang di bawah Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

 Khairuddin berkata AMANAH selaku sebuah parti di bawah Pakatan Harapan, harus menyokong pertemuan itu dan bukannya meletakkan pelbagai syarat lain.

 Munir dalam kenyataan medianya  menuntut Dr Mahathir turut menghadiri perbicaraan kes liwat II melibatkan bekas timbalannya itu dan membuat permohonan maaf terbuka kepada rakyat.

 Semalam, Dr Mahathir membuat penampilan mengejutkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memberi sokongan kepada permohonan Anwar untuk mencabar kesahihan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016.

 Ia adalah pertemuan sulung kedua-dua mereka selepas 8 tahun apabila Dr Mahathir selaku perdana menteri ketika itu memecat timbalannya, Anwar dan memenjarakannya atas dakwaan kesalahan meliwat dan menyalah-gunakan kuasa.

 Anwar dibebaskan pada 2004 selepas tuduhan liwat itu dibatalkan tetapi beliau kembali ke penjara sekali lagi pada tahun 2015 di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas tuduhan sama. Mengulas lanjut, Khairuddin berkata Munir perlu bersikap lebih matang dalam politik.

 “Pandang ke hadapan secara lebih positif demi untuk menguatkan lagi barisan kita bagi membuat persediaan menghadapi PRU14 akan datang.

 “Kalau Shazni Munir bankrap idea dalam politik; duduk diam-diam dan ikut saja tindakan tokoh-tokoh pemimpin tertinggi menerajui barisan pembangkang secara pragmatik bagi menjaminkan kemenangan Pakatan Harapan menawan Putrajaya selepas pilihanraya umum yang akan datang,” katanya. ~ 
sumber  


Demikianlah Artikel Harap Shazni Munir segera bersihkan hingusnya...

Sekianlah artikel Harap Shazni Munir segera bersihkan hingusnya... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Harap Shazni Munir segera bersihkan hingusnya... dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/harap-shazni-munir-segera-bersihkan.html

Subscribe to receive free email updates: