Judul : TAWARAN KEPADA PARTI MAHATHIR-MUHYIDDIN
link : TAWARAN KEPADA PARTI MAHATHIR-MUHYIDDIN
TAWARAN KEPADA PARTI MAHATHIR-MUHYIDDIN
Jika kita hanya sekadar membaca tanpa menyelidik fakta yang sebenarnya, kita tentu akan 'kagum dengan jiwa besar' parti PAN, parti serpihan PAS.Parti Amanah Negara (Amanah) sedia memberi laluan kepada parti yang baharu ditubuhkan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk bertanding menentang PAS dan UMNO di kerusi majoriti Melayu.
"Mereka (Bersatu) akan bertanding di kerusi majoriti Melayu dan Amanah (akan) mengambil tempat di kawasan pengundi bukan Melayu yang agak besar,"Tetapi jika kita fikirkan, parti PAN ini tidak mungkin mampu untuk menganggu gugat kerusi-kerusi yang dipertandingkan di antara PAS dan UMNO sebelum ini. Jika merujuk kepada keputusan PRU13, 65 kerusi telah dipertandingkan di antara UMNO dan PAS tetapi kita perlu ingat bahawa pada ketika itu, PAS masih lagi di bawah Pakatan Pembangkang.
44 kerusi telah dimenangi oleh UMNO dan PAS menang 21 kerusi. Dan jika lihat pola pengundi, kerusi-kerusi tersebut adalah kubu kuat UMNO atau pun PAS. Dan beberapa kerusi Parlimen akan dipertandingkan oleh parti Muhyiddin-Mahathir seperti parlimen Paguh (jika Muhyiddin masih mahu bertanding di parlimen itu) TANPA perlu mendapat izin daripada parti PAN.
Malah di Selangor, PAS telah menyatakan pendirian untuk tidak memberi sebarang kerusi DUN kepada parti parti serpihan PAS itu! Tambahan pula, parti PAN hanya sekadar parti suruhan DAP dan mereka telah malu besar sebelum ini. Kesemua calon PAN kalah pada PRN Sarawak yang lepas dan 11 daripadanya hilang wang deposit masing-masing!
Kerana itu juga, kenyataan PAN yang 'berjiwa besar memberi laluan' kepada parti Munyiddin-Mahathir hanya mendatangkan senyum sinis dan gelak ketawa rakyat.
Malah kenyataan PAN ini juga dilihat sebagai cubaan untuk mengambil hati parti PAS supaya PAS tidak bertanding di kerusi parlimen yang akan diberi kepada parti PAN. Tambahan pula, ahli-ahli Parlimen PAN hari ini sebenarnya menang atas tiket PAS dan dibantu oleh jentera PAS pada PRU yang lepas.
Lihat carta di bawah kerusi Parlimen di antara UMNO dan PAS pada PRU13 yang lepas. Dan apakah kerusi-kerusi ini yang akan direbut oleh parti Mahathir-Muhyiddin?
Dalam masa yang sama, jika benar parti PAN tidak akan bertanding di kerusi-kerusi yang dipertandingkan di antara UMNO dan PAS dengan 'merelakan parti Muhyiddin-Mahathir, bertanding dan hanya akan bertanding di 'kawasan pengundi bukan Melayu yang agak besar', ianya bermaksud bahawa PAN akan mendapat kerusi Parlimen yang sebelum ini diberikan kepada parti PKR dan DAP.
Apakah mereka terutamanya parti cauvinis DAP sanggup merelakan perkara ini?
Kita tentu tidak yakin bahawa parti DAP akan sanggup melakukannya. Contohnya sudah ada iaitu apabila DAP tidak sanggup untuk memberikan kerusi DUN kepada PKR hingga menyebabkan cadangan Guan Eng DAP untuk mengadakan Pilihanraya negeri mengejut tidak kesampaian.
Malah, apakah parti Muhyiddin-Mahathir akan hanya bertanding di kerusi PAS-UMNO sahaja tanpa membuat kiraan yang mereka mungkin akan kalah di kerusi-kerusi tersebut?
Bukan itu sahaja, drama di antara Dr Mahathir Mohammad dan Anwar Ibrahim di dalam Mahkamah Tinggi baru-baru ini bukan sahaja dikritik hebat oleh rakyat tetapi juga puak Reformasi yang merasakan mereka tertipu. 18 tahun mereka mengutuk dan menghina Mahathir serta melakukan apa sahaja untuk Anwar Ibrahim tetapi segalanya itu sudah layak dibuang ke dalam tong sampah.
Hari di mana puak Reformasi tertipu & kita rasa diperbodoh-bodohkan. Begitu mudah prinsip yg dipegang selama ini dibuang ke tepi begitu sahaja.
Posted by DrNovandri HasanBasri on Tuesday, 6 September 2016
Yang pastinya akan berlaku pertandingan 3 penjuru pada PRU14 nanti. Dan apakah Dr Mahathir akan bertanding kelak?
Demikianlah Artikel TAWARAN KEPADA PARTI MAHATHIR-MUHYIDDIN
Sekianlah artikel TAWARAN KEPADA PARTI MAHATHIR-MUHYIDDIN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TAWARAN KEPADA PARTI MAHATHIR-MUHYIDDIN dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/tawaran-kepada-parti-mahathir-muhyiddin.html