Judul : Dakwaan minyak masak kitar semula disiasat
link : Dakwaan minyak masak kitar semula disiasat
Dakwaan minyak masak kitar semula disiasat
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan akan menjalankan pemeriksaan terhadap minyak masak paket bersubsidi yang dilaporkan mempunyai unsur kitar semula.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata ia bagi mengelak penipuan dan penjualan minyak yang dikitar semula sehingga boleh menjejaskan kesihatan pengguna.
“Dari segi keselamatan makanan, kita mempunyai kuasa yang membenarkan apa-apa sahaja jenis makanan yang dijual diperiksa.
“Ia termasuk pemeriksaan di kedai-kedai dan penggunaan minyak masak oleh golongan pengusaha restoran serta peniaga makanan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Sebelum ini, orang ramai dan badan bukan kerajaan melahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan berlaku penjualan minyak masak yang dikitar semula secara berleluasa akibat kenaikan harga minyak masak.
Demikianlah Artikel Dakwaan minyak masak kitar semula disiasat
Sekianlah artikel Dakwaan minyak masak kitar semula disiasat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dakwaan minyak masak kitar semula disiasat dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/11/dakwaan-minyak-masak-kitar-semula.html