Kaji semula fungsi LKIM sebagai pemberi lesen subsidi diesel

Kaji semula fungsi LKIM sebagai pemberi lesen subsidi diesel - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kaji semula fungsi LKIM sebagai pemberi lesen subsidi diesel, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kaji semula fungsi LKIM sebagai pemberi lesen subsidi diesel
link : Kaji semula fungsi LKIM sebagai pemberi lesen subsidi diesel

Baca juga


Kaji semula fungsi LKIM sebagai pemberi lesen subsidi diesel

 
 



Fungsi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sebagai agensi pelaksana menyalurkan diesel bersubsidi kepada nelayan perlu dikaji semula dan diserahkan kepada jabatan lain seperti Jabatan Pertanian.

Selain itu, sistem pengagihan diesel bersubsidi perlu dikaji secara menyeluruh sama ada ia menepati matlamat meringankan beban kepada rakyat dan kos pengurusannya adalah berpatutan serta pemantauannya boleh mengelakkan daripada berlaku ketirisan dana kerajaan yang besar.

Jika kajian itu memerlukan skim subsidi diteruskan kepada sektor-sektor tertentu, sistem subsidi tersebut perlu dirombak secara menyeluruh.

Ia merupakan syor-syor yang dibuat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung isu penyelewengan dan penyeludupan diesel bersubsidi.

Ini kerana langkah-langkah penambahbaikan sebelum ini telah gagal mengawal dan mengelakkan ketirisan dan pembaziran.

Sehubungan itu, Pengerusi PAC, Datuk Seri Hasan Arifin berkata, skim yang bakal dilaksanakan perlu mengehadkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan melalui pemberian baucar nilai terhad, sekali gus memudahkan pentadbiran, keperluan penguatkuasaan dan penyalahgunaan skim diesel bersubsidi.

Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
memaklumkan trend jualan diesel itu meningkat mendadak daripada 3.03 bilion liter pada 2009 kepada 8.61 liter pada 2013.

Peningkatan itu sebanyak 184 peratus dan tidak selari dengan jumlah permintaan pengguna industri perikanan.

Hasan menambah, LKIM perlu mengenal pasti individu yang terlibat melakukan penyelewengan itu dan mengambil tindakan ke atas mereka.

Kementerian Pertanian dan Asas Tani hendaklah memperkemaskan prosedur memproses dan meluluskan pemberian diesel kepada individu dan syarikat yang layak.

Mereka yang melanggar kontrak perlu disenaraihitamkan daripada sebarang kuota.

Fleetcard perlu mempunyai tempoh sah laku dan hanya boleh diluluskan pembaharian jika memenuhi syarat-syarat yah ditetapkan. - MalaysiaGazette




Demikianlah Artikel Kaji semula fungsi LKIM sebagai pemberi lesen subsidi diesel

Sekianlah artikel Kaji semula fungsi LKIM sebagai pemberi lesen subsidi diesel kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kaji semula fungsi LKIM sebagai pemberi lesen subsidi diesel dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/11/kaji-semula-fungsi-lkim-sebagai-pemberi.html

Subscribe to receive free email updates: