abang Johari Ketua Menteri Sarawak yang baharu

abang Johari Ketua Menteri Sarawak yang baharu - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul abang Johari Ketua Menteri Sarawak yang baharu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : abang Johari Ketua Menteri Sarawak yang baharu
link : abang Johari Ketua Menteri Sarawak yang baharu

Baca juga


abang Johari Ketua Menteri Sarawak yang baharu

SINAR HARIAN

Datuk Amar Abang Johari Tun Openg
Datuk Amar Abang Johari Tun Openg
 
KUCHING - Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, 67, hari ini dilantik sebagai Ketua Menteri baharu Sarawak menggantikan Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia Rabu lepas.

Timbalan Presiden parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu yang lengkap berpakaian Baju Melayu hitam, mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sarawak keenam di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud di Astana, kediaman rasmi ketua negeri di sini.

Turut hadir, isteri beliau Datin Amar Jumaani Tuanku Bujang, anggota-anggota Kabinet negeri, Adun dan kakitangan kanan awam.

Abang Johari atau dikenali mesra dengan nama Abang Jo, merupakan seorang daripada tiga timbalan ketua menteri di bawah pentadbiran Allahyarham Adenan, selain Datuk Amar Douglas Uggah dan Tan Sri Dr James Masing.

Merupakan seorang ahli politik veteran, Abang Johari berkecimpung dalam politik lebih daripada 30 tahun.
Beliau merupakan Adun bagi kawasan Satok selama sembilan penggal.

Abang Johari yang berkelayakan jurutera, buat pertama kali bertanding bagi kerusi itu, pada 1981.
Beliau mempunyai 10 orang adik beradik daripada keluarga ternama Sarawak yang mempunyai sejarah panjang di negeri ini.

Allahyarham bapanya Tun Abang Haji Openg merupakan Yang Dipertua Negeri Sarawak pertama selepas Sarawak mencapai kemerdekaan daripada Britain dan selepas pembentukan Malaysia pada 1963.

Adenan yang memegang jawatan Ketua Menteri selama hampir tiga tahun, meninggal dunia Rabu lepas kerana komplikasi jantung di Pusat Jantung Sarawak, Hospital Umum Kota Samarahan. –Bernama

[ARTIKEL BERKAITAN: Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia]




Demikianlah Artikel abang Johari Ketua Menteri Sarawak yang baharu

Sekianlah artikel abang Johari Ketua Menteri Sarawak yang baharu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel abang Johari Ketua Menteri Sarawak yang baharu dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/01/abang-johari-ketua-menteri-sarawak-yang.html

Subscribe to receive free email updates: