Bantu sekolah Cina langgar perlembagaan, kata Perkasa

Bantu sekolah Cina langgar perlembagaan, kata Perkasa - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bantu sekolah Cina langgar perlembagaan, kata Perkasa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bantu sekolah Cina langgar perlembagaan, kata Perkasa
link : Bantu sekolah Cina langgar perlembagaan, kata Perkasa

Baca juga


Bantu sekolah Cina langgar perlembagaan, kata Perkasa

 
Biro Hal Ehwal Islam Perkasa berkata pemberian bantuan kepada SJKC dan pelajar bukan Bumiputera bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.


Dr-Amini-Amir-Abdullah


PETALING JAYA: Kerajaan perlu mengkaji semula bajet dan peruntukan yang diberikan pada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) kerana ia bertentangan dengan tafsiran hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera, kata Biro Hal Ehwal Islam Perkasa.

Pengerusinya, Dr Amini Amir Abdullah berkata bukan Bumiputera sebenarnya tidak berhak menerima bantuan daripada kerajaan termasuk bidang pendidikan, kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, ini berbeza dengan sekolah agama kerana kerajaan memang perlu membiayainya selaras dengan kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Bukan Bumiputera tidak berhak menerima bantuan daripada kerajaan dalam konteks apa sekalipun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Gerakan Datuk Dominic Lau dikecam apabila mengeluarkan kenyataan menggesa dasar sekolah agama yang dibiayai kerajaan dikaji semula.

Beliau mendakwa sekolah agama cenderung menghasilkan mereka yang mempunyai fahaman ekstremis Islam.

Hari ini, Lau menarik semula kenyataan itu dan berkata tidak berniat untuk menyerang sekolah agama dibiayai kerajaan.

Terkesan dengan kenyataan itu, Amini memberi amaran supaya Lau tidak mengulangi perbuatan biadab itu dan jangan menangguk di air keruh.

“Tuduhan melulu beliau sesuatu yang biadab tanpa penelitian rapi. Sila lawat sekolah agama dalam kawasan Parlimen untuk meninjau hakikat sebenar,” katanya.





Demikianlah Artikel Bantu sekolah Cina langgar perlembagaan, kata Perkasa

Sekianlah artikel Bantu sekolah Cina langgar perlembagaan, kata Perkasa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bantu sekolah Cina langgar perlembagaan, kata Perkasa dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/01/bantu-sekolah-cina-langgar-perlembagaan.html

Subscribe to receive free email updates: