Guan Eng disoal siasat polis Bukit Aman esok

Guan Eng disoal siasat polis Bukit Aman esok - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guan Eng disoal siasat polis Bukit Aman esok, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guan Eng disoal siasat polis Bukit Aman esok
link : Guan Eng disoal siasat polis Bukit Aman esok

Baca juga


Guan Eng disoal siasat polis Bukit Aman esok

Susan Loone



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan disoal siasat oleh polis dari Bukit Aman berhubung kenyataan beliau yang berkaitan dengan Akta 355 yang dicadangkan oleh PAS.

Sumber DAP memberitahu Malaysiakini, Lim akan disoal siasat di pejabatnya tingkat 28 Bangunan KOMTAR pada jam 11 pagi esok.

"Beliau akan disoal siasat di bawah Akta Hasutan; kami tidak faham mengapa kerana kenyataan yang dibuatnya bersifat politik, tiada apa-apa yang menghasut," jelas sumber itu.

Secara kebetulan, Lim menjemput pihak media untuk menghadiri sidang media di Komtar.

"Mereka (pihak berkuasa) seolah-olah mahu mengenakannya dengan apa jua cara," kata sumber itu.

Lim kini berdepan dua pertuduhan rasuah yang berkaitan pembelian banglo di Jalan Pinhorn dengan perbicaraannya telah ditetapkan selama 35 hari dan melibatkan 60 saksi mulai 27 Mac ini.

Beliau juga menghadapi kes menghina mahkamah yang difailkan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung dakwaan komen Lim mengenai rasuah dan salah guna kuasa terhadapnya.

Menurut sumber itu, Lim mengeluarkan kenyataan pada 23 November tahun lepas dan salinannya ada di laman rasmi Facebook miliknya.

Dalam kenyataan tersebut, Lim menggesa parti komponen BN iaitu MCA, MIC, Gerakan dan SUPP untuk keluar daripada gabungan parti pemerintah.

Ia berikutan sokongan BN terhadap undang-undang 'seperti hudud' yang dicadangkan di bawah Akta 355



Demikianlah Artikel Guan Eng disoal siasat polis Bukit Aman esok

Sekianlah artikel Guan Eng disoal siasat polis Bukit Aman esok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guan Eng disoal siasat polis Bukit Aman esok dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/01/guan-eng-disoal-siasat-polis-bukit-aman.html

Subscribe to receive free email updates: