MB: Kerajaan Negeri rela ‘hilang’ RM140 juta demi rakyat

MB: Kerajaan Negeri rela ‘hilang’ RM140 juta demi rakyat - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MB: Kerajaan Negeri rela ‘hilang’ RM140 juta demi rakyat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MB: Kerajaan Negeri rela ‘hilang’ RM140 juta demi rakyat
link : MB: Kerajaan Negeri rela ‘hilang’ RM140 juta demi rakyat

Baca juga


MB: Kerajaan Negeri rela ‘hilang’ RM140 juta demi rakyat


OLEH NAZLI IBRAHIM

 Mb notis 5A (3)

SUNGAI BULOH: Kerajaan Negeri menganggap ‘kehilangan’ pendapatan tahunan RM70 juta setahun amat berbaloi kerana ia disalurkan bagi menambah lagi kesejahteraan kehidupan rakyat di negeri itu.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia ekoran Kerajaan Negeri memperkenalkan langkah mengecualikan cukai taksiran kepada pemilik rumah kampung dan rumah kos rendah, sejak 2016.

“Apa maknanya kalau ekonomi baik, rizab besar tetapi rakyat di bawah susah. Kita mahu kekayaan negeri ini mesti diserah balik kepada rakyat Selangor secara pelaksanaan program dan projek yang bermanfaat.

AZMIN-500x357


“Antaranya cukai taksiran bagi kampung tradisi, kampung baru, kampung bagan dan rumah kos rendah yang sudah dua tahun kita kecualikan.

“Rakyat tidak perlu bayar cukai taksiran di negeri ini, duduk dengan percuma dan ini menyebabkan Kerajaan Negeri hilang pendapatan RM70 juta setahun tetapi yang penting kita mahu rakyat hari ini yang dibebankan dengan kos sara hidup tinggi dapat diberikan bantuan kebajikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Notis 5A kepada tiga penduduk Kampung Seri Indah B, Sungai Buloh dan sembilan lagi peduduk yang mengusahakan tanah kediaman masing-masing di Taman Daya, Selayang.

Katanya, selain itu Kerajaan Negeri turut menyediakan peluang pinjaman tanpa faedah iaitu skim pinjaman Hijrah untuk golongan peniaga di negeri itu.

Terdahulu, ketika membentangkan Belanjawan 2017 pada Oktober lalu, Mohamed Azmin mengumumkan meneruskan pemberian pengecualian cukai taksiran kepada pemilik kediaman di kampung tradisi, kampung baru, kampung bagan, kampung tersusun dan rumah kos rendah buat dua tahun berturut-turut.

Selain itu, Kerajaan Negeri turut meneruskan program memberi pengecualian fi lesen perniagaan kepada golongan penjaja di negeri itu.-NFN-



Demikianlah Artikel MB: Kerajaan Negeri rela ‘hilang’ RM140 juta demi rakyat

Sekianlah artikel MB: Kerajaan Negeri rela ‘hilang’ RM140 juta demi rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MB: Kerajaan Negeri rela ‘hilang’ RM140 juta demi rakyat dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/01/mb-kerajaan-negeri-rela-hilang-rm140.html

Subscribe to receive free email updates: