Judul : Pelajar perempuan suspek ke-5 ditahan fitnah Adenan
link : Pelajar perempuan suspek ke-5 ditahan fitnah Adenan
Pelajar perempuan suspek ke-5 ditahan fitnah Adenan
ANTARAPOS.COMKUCHING: Seorang lagi individu yang juga pelajar sekolah menengah ditahan hari ini atas dakwaan membuat kenyataan berunsur fitnah berhubung kematian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, pelajar perempuan itu berumur 17 tahun yang menggunakan nama samaran di Facebook “Zera Zera” ditahan polis Mukah pada jam 10.45 pagi tadi.
“Kesnya sedang disiasat CID Bintulu di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, sehingga hari ini, sebanyak 40 laporan dibuat di 12 daerah polis dengan siasatan sedang dijalankan ke atas 7 laporan.
“Setakat ini, 5 individu ditahan polis Sarawak kerana memuat naik kenyataan berunsur fitnah berhubung kematian Adenan,” katanya.
Demikianlah Artikel Pelajar perempuan suspek ke-5 ditahan fitnah Adenan
Sekianlah artikel Pelajar perempuan suspek ke-5 ditahan fitnah Adenan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pelajar perempuan suspek ke-5 ditahan fitnah Adenan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/01/pelajar-perempuan-suspek-ke-5-ditahan.html