Kolej Islam swasta: Perlu dapat pengiktirafan JPA, MQA

Kolej Islam swasta: Perlu dapat pengiktirafan JPA, MQA - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kolej Islam swasta: Perlu dapat pengiktirafan JPA, MQA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kolej Islam swasta: Perlu dapat pengiktirafan JPA, MQA
link : Kolej Islam swasta: Perlu dapat pengiktirafan JPA, MQA

Baca juga


Kolej Islam swasta: Perlu dapat pengiktirafan JPA, MQA


Kolej Islam swasta: Perlu dapat pengiktirafan JPA, MQA
Gambar hiasan. - Foto sumber Google
 
STATUS sesetengah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang menawarkan kursus Pengajian Islam, terutamanya kolej-kolej Islam swasta, yang masih belum mendapatkan akreditasi MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) dan pengiktirafan JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) bagi program-program pengajian mereka.

Kegagalan mendapatkan kelulusan tersebut akan mengakibatkan kesukaran pelajar-pelajar lepasan diploma ini melanjutkan pengajian mereka ke peringkat ijazah di universiti tempatan dan berkhidmat di sektor awam.

Pengiktirafan JPA dan MQA ini adalah penting bagi memastikan penawaran kursus pengajian dari mana-mana IPTS benar-benar mengikut syarat, keperluan dan tahap yang digariskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Proses pengakreditasian ini juga  berpotensi meningkatkan kualiti pengajian kolej Islam terbabit dan menjadikannya mampu berdaya saing dengan kolej-kolej swasta yang lain. Dengan memperoleh pengiktirafan ini maka akan berpeluang melanjutkan pengajian peringkat yang lebih tinggi serta peluang perkhidmatan dalam pelbagai sektor akan lebih terbuka.

Agensi yang berwewenang seperti KPT, JPA mahupun MQA sewajarnya memberi bantuan dan panduan untuk memudahcarakan proses pengiktirafan ini.

Tindakan seumpama ini bukan hanya akan menjamin kualiti pendidikan dan meredakan kebimbangan ibu bapa pelajar-pelajar di kolej Islam swasta ini, bahkan juga dapat melonjakkan perkembangan institusi pendidikan tinggi pengajian Islam yang sentiasa mendapat sambutan baik dari kalangan masyarakat Melayu ke tahap yang lebih tinggi dan berwibawa di dalam arus pendidikan perdana negara.

Kolej Islam swasta ini memang sedang berusaha mendapatkan pengiktirafan daripada JPA dan MQA namun terdapat beberapa kekangan kepada usaha murni mereka ini.

Oleh yang demikian pihak berwajib, pengurusan tertinggi kolej dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)  yang berpaksikan usaha pendidikan perlu berusaha membantu mereka bagi mendapatkan pengiktirafan ini.
 
DR MOHD NURI AL-AMIN ENDUT
Pengerusi
Pertubuhan Aspirasi Akademia Ummah Sejahtera (ARUS) Perak




Demikianlah Artikel Kolej Islam swasta: Perlu dapat pengiktirafan JPA, MQA

Sekianlah artikel Kolej Islam swasta: Perlu dapat pengiktirafan JPA, MQA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kolej Islam swasta: Perlu dapat pengiktirafan JPA, MQA dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/02/kolej-islam-swasta-perlu-dapat.html

Subscribe to receive free email updates: