Ramai kalangan akar umbi Pas yang hilang kepercayaan

Ramai kalangan akar umbi Pas yang hilang kepercayaan - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ramai kalangan akar umbi Pas yang hilang kepercayaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ramai kalangan akar umbi Pas yang hilang kepercayaan
link : Ramai kalangan akar umbi Pas yang hilang kepercayaan

Baca juga


Ramai kalangan akar umbi Pas yang hilang kepercayaan


 Pas semakin hari semakin hilang kewibawaannya. Semakin ramai kalangan ahli diperingkat akar umbi yang hilang kepercayaan dan berasa sangat keciwa terhadap pimpinan mereka yang dilihat korup dan hipokrit.

  Kemelut di Kelantan dengan pelbagai masalah penyamun balak dan masalah mangsa banjir yang masih tidak terbela. Ditambah pula dengan kekejaman dan penindasan terhadap Orang Asli.... semua ini memberi gambaran buruk dan kegagalan pentadbiran negeri yang berselogan 'Membangun bersama Islam'.

  Malah kononnya Hj Hadi ada terlibat dengan lombong Manganes di Kelantan...

 Akar umbi menganggap adalah tidak memadai bagi pimpinan parti yang hanya sekadar membuat kenyataan penafian dan ugutan untuk menyaman pihak tertentu yang kononnya memfitnah parti tersebut.

  Isu RM90 juta yang dibangkitkan oleh portal Sarawak Report pada Ogos tahun lalu, sehingga kini tindakan undang-undang terhadap laman web berkenaan masih menjadi tanda tanya dan terus menyepi.

  Yang terbaru, Pas kata akan saman bekas naib presiden parti itu yang telah mendedahkan kononnya PAS menerima dana RM90 juta daripada Umno melalui akaun Affin Bank.

  Akar umbi mengeloh dan rasa tersipu-sipu bila ada anggota masyarakat bertanyakan kepada mereka : Bila nak saman Sarawak Report?

 Bila berjumpa kawan-kawan di majlis-majlis kenduri atau di kedai-kedai kopi, itulah pertanyaaan yang sering menjadi tajuk pebualan.

  Kini ditambah pula dengan kes terbaru 'akan saman Husam'. Orang tanya : Bila?? Bila?? Bila??

  Persoalan sama yang sering dikemukakan berkali-kali dan sekerap itu juga tidak ada jawapan yang pasti  dan menyakinkan; maka sudah tentu akan menimbulkan keraguan ... inilah yang menjadi fenomena kepada ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi.

  Walaupun mereka cuba memujuk diri mereka dengan kata-kata seumpama : Tidak mungkin ulama terlibat dengan korupsi ... Tidak mungkin ulama juga hipokrit... Tapi, tentunya akhirnya mereka akan menemukan kenyataan bahawa ulama juga adalah manusia biasa dan bukannya malaikat! Manusia biasa pastinya ada melakukan kesilapan dan kesalahan....

  Pastinya juga akan terlintas dalam benak pemikiran mereka, kalau Husam tidak ada apa-apa bukti mengenainya, sudah tentu dia tidak akan berani mendedahkannya kepada umum secara terbuka!

Husam perli : Nak ambil tindakan mahkamah tu pendirian
Pas atau cakap-cakap TITM jer? kah! kah! kah!
  Beberapa hari lalu Husam dalam ceramahnya mendakwa mengetahui maklumat mengenai dana RM90 juta yang didakwa disalurkan kepada PAS. Rakaman singkat video ucapan Husam itu tersebar di media sosial dan dimuat naik di YouTube.

  Husam membayangkan untuk mendedahkan lebih banyak butiran mengenai isu berkenaan menjelang pilihan raya umum akan datang.

   Akar umbi tentu tidak sabar untuk mengetahui kedudukan yang sebenarnya. Takkanlah Pas kena ikut sesuka hati Husam bila masa dia nak dedahkan.

 Oleh tu Pas mesti segera saman Husam dan heret dia ke mahkamah. Di situ nanti baru kita semua akan dapat tahu siapa yang bercakap benar, siapa yang cakap temberang!


Demikianlah Artikel Ramai kalangan akar umbi Pas yang hilang kepercayaan

Sekianlah artikel Ramai kalangan akar umbi Pas yang hilang kepercayaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ramai kalangan akar umbi Pas yang hilang kepercayaan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/02/ramai-kalangan-akar-umbi-pas-yang.html

Subscribe to receive free email updates: