Kenapa masih belum ada tangkapan kes Balamurugan, kata peguam

Kenapa masih belum ada tangkapan kes Balamurugan, kata peguam - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa masih belum ada tangkapan kes Balamurugan, kata peguam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa masih belum ada tangkapan kes Balamurugan, kata peguam
link : Kenapa masih belum ada tangkapan kes Balamurugan, kata peguam

Baca juga


Kenapa masih belum ada tangkapan kes Balamurugan, kata peguam

 
N Surendran dan Latheefa Koya berkata menteri dalam negeri tidak boleh mendiamkan perkara itu kerana sudah 5 minggu kes itu berlarutan sejak kematian Balamurugan dalam tahanan polis.


latefah-surendren


PETALING JAYA: Lima minggu selepas kematian dalam tahanan S Balamurugan, peguam mewakili ahli keluarganya mempersoalkan tiada lagi tangkapan atau pertuduhan dibuat berhubung kes itu.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, peguam N Surendran dan Latheefa Koya mempersoalkan mengapa masih belum ada tindakan walaupun gambar bedah siasat menunjukkan tahap kecederaan Balamurugan.

Peguam itu berkata keputusan bedah siasat kedua yang dijalankan Hospital Kuala Lumpur menunjukkan Balamurugan mengalami beberapa kecederaan di dada, kepala, kaki dan belakang, membuktikan beliau diserang dengan teruk ketika dalam tahanan polis.

Bulan lalu, pegawai polis yang dipercayai terbabit dalam kematiannya dipanggil untuk soal siasat.
Bagaimanapun, Ketua Polis Selangor Abdul Samah Mat berkata pegawai terbabit tidak boleh digantung tugas.

“Kami masih menyiasat mereka. Kami tidak boleh menghukum seseorang sebelum siasatan lengkap untuk menentukan jika berlaku sebarang salah laku,” kata Abdul Samah.

Balamurugan, 44, meninggal dunia pada 8 Februari ketika ditahan di balai polis Klang Utara. Dia ditahan pada 6 Februari dan dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman keesokan harinya.

Mahkamah Majistret menolak permohonan reman itu dan mengarahkan Balamurugan dibebaskan, tetapi polis tidak membebaskannya.

Peguam hari ini turut menyelar tindakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang terus senyap berhubung kes itu.

Surendran dan Latheefa menolak jawapan bertulis Zahid berhubung kematian Balamurugan di Parlimen semalam.

Menteri dalam negeri berkata beliau tidak mahu mengulas mengenainya, kerana ia akan mengganggu siasat polis dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan.

“Keengganan Zahid menjawabnya adalah tidak wajar dan tidak boleh diterima,” kata peguam.

“Ada persoalan besar dan keraguan mengenai siasatan polis dalam kematian itu yang perlu Zahid tangani sebagai menteri bertanggungjawab dengan jabatan polis.

“Beliau tidak boleh mengelak menjawabnya dengan beri alasan siasatan sedang dijalankan,” kata peguam.
Kedua-dua peguam itu mendesak Zahid menjelaskan mengapa masih belum ada pesalah yang ditangkap sehingga sekarang.

“Sudah tentu Zahid ada tanggungjawab untuk memberi penjelasan pada keluarga mangsa dan masyarakat umum,” kata mereka.




Demikianlah Artikel Kenapa masih belum ada tangkapan kes Balamurugan, kata peguam

Sekianlah artikel Kenapa masih belum ada tangkapan kes Balamurugan, kata peguam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa masih belum ada tangkapan kes Balamurugan, kata peguam dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/03/kenapa-masih-belum-ada-tangkapan-kes.html

Subscribe to receive free email updates: