"Pondan Padang Rengas" Tak Sanggup Tinggalkan Kawasannya

"Pondan Padang Rengas" Tak Sanggup Tinggalkan Kawasannya - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Pondan Padang Rengas" Tak Sanggup Tinggalkan Kawasannya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Pondan Padang Rengas" Tak Sanggup Tinggalkan Kawasannya
link : "Pondan Padang Rengas" Tak Sanggup Tinggalkan Kawasannya

Baca juga


"Pondan Padang Rengas" Tak Sanggup Tinggalkan Kawasannya

Zam label menteri Umno ‘pondan Padang Rengas’

Tan Sri Zainuddin Maidin menyelar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz kerana menolak cabaran untuk bertanding menentang Tun Dr Mahathir Mohamad di kerusi parlimen Langkawi pada pilihan raya akan datang.

Merujuk kepada laporan berita yang memetik Nazri sebagai berkata bahawa beliau hanya bersedia untuk bertarung dengan Mahathir di kubunya sendiri, Zainuddin, menulis di tweet: "Pondan Padang Rengas".


Padang Rengas adalah kawasan Parlimen Nazri di Perak.

Menteri Nazri Aziz sanggup lawan Mahathir hanya di kawasan sendiri.Masih muda pun pengecut nak keluar kg utk lawan orang tua nyanyuk.Poraah

“Menteri Nazri Aziz sanggup lawan Mahathir hanya di kawasan sendiri. Masih muda pun pengecut nak keluar kampung untuk lawan orang tua nyanyuk,” kata bekas menteri Umno itu yang lebih dikenali sebagai Zam.

Pengkritik Mahathir lazimnya membidas negarawan berusia 92 tahun itu sebagai nyanyuk kerana sering menukar pendirian dan pendapatnya, malah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pernah menyebutnya dalam ucapan baginda, baru-baru ini.

Menurut Nazri, beliau tidak boleh bertanding dengan Mahathir di Langkawi kerana sistem pengagihan kerusi Umno tidak membenarkannya untuk meninggalkan Padang Rengas.

"Mahathir sepatutnya lebih tahu. Beliau adalah presiden BN selama bertahun-tahun dan saya tidak perlu mengajarnya. Beliau tahu bagaimana sistem ini berfungsi," katanya yang dipetik FMT.

Nazri mencetuskan perbalahan apabila beliau mencabar bekas perdana menteri dan presiden Umno itu untuk bertanding menentangnya di Padang Rengas.

Semalam, Mahathir membuat cabaran balas dengan ‘menjemput’ menteri itu untuk bertanding menentangnya di Langkawi.

Ini menimbulkan spekulasi bahawa pada usia 92 tahun, Mahathir merancang untuk membuat kemunculan semula.

“Mengapa dia mahu saya pergi ke tempatnya? Datanglah ke tempat saya.

“Awak menteri seluruh negara, bukan untuk Padang Rengas saja," beliau dipetik sebagai berkata di Facebook Mukhriz Mahathir FC.

Mengulas perkembangan terbaru ini, Zainuddin berkata, jika benar bahawa Mahathir akan bertanding, “ini sahaja sudah memuncakkan semangat rakyat untuk jatuhkan (Perdana Menteri) Najib (Razak) tanpa sabar."

VIDEO BERKAITAN



ULASAN GB

Rakyat dapat menilai, siapa yang lebih banyak memberi sumbangan bermakna untuk negara, Mahathirkah atau Nari?

Malah jika dinilai sumbangan Najib yang menjadi pujaan Nazri itu pun belum dapat menyaingi sumbangan Mahathir.

Berkali-kali GB sudah menyatakan, ada kemungkinan kita tidak berapa setuju dengan dasar pemerintahannya sebelum ini, tetapi "kebenaran" bahawa beliau telah banyak memberika sumbangan untuk negara dan rakyat jelata tidak dapat dinafikan.

Hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan akan memperlihatkan mereka yang menafikan sumbangan Mahathir, termasuk Najib sendiri yang sentiasa meperkecilkan usaha dan sumbangan Mahathir, akan tetap tewas.

Malah Putrajaya yang Najib dan para mentrinya duduki kini itu pun adalah hasil usaha Mahathir. Dan tidak mustahil Putrajaya akan menghalau keluar Najib dan koncc-konconya pada pilihanraya yang akan datang ini.



FEATURED ADS







Demikianlah Artikel "Pondan Padang Rengas" Tak Sanggup Tinggalkan Kawasannya

Sekianlah artikel "Pondan Padang Rengas" Tak Sanggup Tinggalkan Kawasannya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel "Pondan Padang Rengas" Tak Sanggup Tinggalkan Kawasannya dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/03/pondan-padang-rengas-tak-sanggup.html

Subscribe to receive free email updates: