Amanah terus nyata tidak puas hati PAS bawa usul Akta 355

Amanah terus nyata tidak puas hati PAS bawa usul Akta 355 - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amanah terus nyata tidak puas hati PAS bawa usul Akta 355, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amanah terus nyata tidak puas hati PAS bawa usul Akta 355
link : Amanah terus nyata tidak puas hati PAS bawa usul Akta 355

Baca juga


Amanah terus nyata tidak puas hati PAS bawa usul Akta 355

Oleh Ahmad Farhain Mazlan
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Amanah terus menyatakan ketidakpuasan hati terhadap usul persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah Syariah) (Pindaan 2016) atau Akta 355 yang dibawa PAS, Khamis lalu.
 
Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim mengulangi hujah pemimpin pembangkang yang lain bahawa usul itu sepatutnya dibawa kerajaan bukannya PAS.
 
"Mengapa mesti parti pembangkang pula yang membawa usul tersebut secara persendirian yang sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah.
 
"PH dari awal sudah konsisten tentang pendirian kami dalam isu ini, pertama kita dah cakap yang (Akta) 355 adalah kerajaan yang memerintah.  
 
"Maka ini adalah tanggungjawab mereka untuk menambah baik sistem dan keperluan insititusi yang sedia ada termasuk Mahkamah Syariah dan mahkamah lain-lain" katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Khamis lalu, ketika Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bangun untuk membentangkan usul bagi meminda Akta 355, beliau dilengah-lengahkan beberapa ahli Parlimen pembangkang.
 
Malah, selepas beliau selesai membentangkan usul itu, PAS terus menjadi sasaran sindiran dan kritikan pembangkang.
 
Izham ketika ditanya apakah yang tindakan susulan Pakatan Harapan (PH) berkata pihaknya akan berbincang dengan lebih terperinci mengenai usul tersebut.
 
"Kita tiada masalah untuk berbincang dan tidak akan timbul isu kita tolak atau terima cuma kita perlu berbahas. 
 
"Pada pandangan kami, baik atau buruk kita tetap akan terima" ujar beliau.
 
Ujarnya, pemimpin PH perlu bersedia untuk membahaskan usul tersebut pada sidang Parlimen Julai akan datang.
 
 


Demikianlah Artikel Amanah terus nyata tidak puas hati PAS bawa usul Akta 355

Sekianlah artikel Amanah terus nyata tidak puas hati PAS bawa usul Akta 355 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amanah terus nyata tidak puas hati PAS bawa usul Akta 355 dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/amanah-terus-nyata-tidak-puas-hati-pas.html

Subscribe to receive free email updates: