Judul : Graduan perubatan lambat jadi pelatih kerana JPA lembab, dakwa DAP
link : Graduan perubatan lambat jadi pelatih kerana JPA lembab, dakwa DAP
Graduan perubatan lambat jadi pelatih kerana JPA lembab, dakwa DAP
Teo Nie Ching berkata, graduan perubatan perlu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sebelum mereka berisiko kehilangan apa yang pernah dipelajari.
PETALING JAYA: Wakil rakyat DAP, Teo Nie Ching menyalahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) atas kelewatan mengumumkan keputusan temu duga graduan perubatan untuk permohonan latihan mereka.
Teo berkata, walaupun SPA menyatakan keputusan akan diumumkan semalam, mereka bagaimanapun mengeluarkan notis pada hari sama memaklumkan pengumuman itu ditangguhkan ke tarikh yang tidak diketahui.
Katanya, sesetengah graduan mendakwa mereka masih menerima permintaan menyerahkan semula dokumen diperlukan selewat-lewatnya 12.30 tengah hari, walaupun temu duga sudah dijalankan lebih sebulan lalu.
“SPA bukan hanya gagal memenuhi tarikh akhir yang mereka tetapkan, tetapi turut mengumumkan kepada orang ramai permintaan saat akhir untuk penyerahan semula dokumen, ini mendedahkan SPA tidak cekap dan kurang bersedia,” kata ahli Parlimen Kulai itu.
Susulan itu, katanya, graduan perlu mencari wang untuk menyara kehidupan dan membayar balik pinjaman pendidikan mereka.
Teo mempersoalkan SPA bagaimana graduan hendak merancang jadual atau kontrak jangka panjang jika mereka tidak diberikan tarikh tetap.
“Graduan perubatan juga perlu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran mereka, jika tidak mereka berisiko kehilangan semua yang dipelajari di sekolah perubatan.
“Selain itu, tidak ada orang yang menggantikan doktor pelatih yang dinaikkan pangkat kepada pegawai perubatan, menyebabkan pelatih sedia ada dibebani kerja yang banyak.
“Ini menyebabkan keletihan dan meningkatkan risiko kesilapan perubatan.
“Setiap inci kolum akhbar menceritakan hukuman berat terhadap doktor pelatih yang tidak berprestasi, tetapi berapa ramai yang menjadi mangsa kerana terpaksa menunggu lama disebabkan ketidakcekapan SPA?” soalnya.
Demikianlah Artikel Graduan perubatan lambat jadi pelatih kerana JPA lembab, dakwa DAP
Sekianlah artikel Graduan perubatan lambat jadi pelatih kerana JPA lembab, dakwa DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Graduan perubatan lambat jadi pelatih kerana JPA lembab, dakwa DAP dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/graduan-perubatan-lambat-jadi-pelatih.html