PERKASA: Pengkritik PR Zakir Naik perlu disekolahkan

PERKASA: Pengkritik PR Zakir Naik perlu disekolahkan - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PERKASA: Pengkritik PR Zakir Naik perlu disekolahkan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PERKASA: Pengkritik PR Zakir Naik perlu disekolahkan
link : PERKASA: Pengkritik PR Zakir Naik perlu disekolahkan

Baca juga


PERKASA: Pengkritik PR Zakir Naik perlu disekolahkan

MALAYSIAKINI


Mereka yang menentang status penduduk atau pemastautin tetap (PR) yang diberikan kepada pendakwah Islam Zakir Naik perlu disekolahkan semula tentang hak dan kuasa pemerintah, kata Naib Presiden PERKASA, Hassan Basri.

Ini susulan kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang berkata beliau akan memfailkan tuntutan mahkamah untuk mencabar status PR Zakir.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Zakir telah diberikan status PR lima tahun lalu.

“Malaysia adalah sebuah negara berdaulat seperti mana negara-negara dan mempunyai hak dan peraturan untuk memberi taraf penduduk tetap kepada sesiapa pun.

“Hatta sebelum ini pun kerajaan Malaysia sudah memberi puluhan ribu taraf penduduk tetap kepada warga asing yang telah mematuhi peraturan yang memohon taraf penduduk tetap.

“Lalu siapa mereka dua tiga kerat ini yang bukan sesiapa pun. Tapi cuba hendak menjadi jagoh untuk mengajar kerajaan hak kerajaan untuk memberi taraf status penduduk tetap,” katanya dalam satu kenytaan media hari ini.

Sambil mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan kerana memberi taraf PR kepada Zakir, Hassan membiadas kebiadapan beberapa individu yang cuba mempertikai usaha kerajaan memberi status berkenaan kepada pendakwah terkemuka dalam bidang perbandingan agama itu.

Beliau seterusnya, mengingatkan kepada mereka ini yang barangkali tidak memahami dan dangkal tentang hak dan kuasa sesebuah kerajaan yang memerintah.

“Sekaligus PERKASA berpendapat mereka ini perlu disekolahkan semula tentang hak dan kuasa pemerintah,” katanya.



Demikianlah Artikel PERKASA: Pengkritik PR Zakir Naik perlu disekolahkan

Sekianlah artikel PERKASA: Pengkritik PR Zakir Naik perlu disekolahkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PERKASA: Pengkritik PR Zakir Naik perlu disekolahkan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/perkasa-pengkritik-pr-zakir-naik-perlu.html

Subscribe to receive free email updates: