Remaja baharu kahwin sebulan dilaporkan hilang

Remaja baharu kahwin sebulan dilaporkan hilang - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Remaja baharu kahwin sebulan dilaporkan hilang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Remaja baharu kahwin sebulan dilaporkan hilang
link : Remaja baharu kahwin sebulan dilaporkan hilang

Baca juga


Remaja baharu kahwin sebulan dilaporkan hilang


Remaja baharu kahwin sebulan dilaporkan hilang
Nur Asyikin yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah sejak 2 April lalu.
 
 
TANAH MERAH - Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dari Kampung Bukit Gading, dekat sini, yang baharu sebulan berkahwin dilaporkan hilang selepas tidak kembali ke rumah sejak 2 April lalu.

Nur Asyikin Sanusee yang tinggal bersama suami di rumah mentuanya di Kampung Batu Gajah dikatakan keluar dari rumah itu dengan berbasikal pada kira-kira jam 9 pagi, hari tersebut.

Ibu Nur Asyikin, Rohani Mat Ghani, 54, berkata, selepas keluar dengan berbasikal, anaknya itu kali terakhir dilihat duduk di sebuah wakaf di tepi jalan utama Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli.

"Suami dia tidak ada di rumah waktu itu kerana kerja pengawal keselamatan di hospital dan anak saya tidak beritahu mentuanya ke mana dia hendak nak pergi.

"Sejak hari itu sampai hari ini saya cuba hubungi telefon bimbitnya tetapi gagal sebab dia matikan telefon," katanya, hari ini.

Rohani berkata, setelah usaha awal mengesan Nur Asyikin gagal, laporan mengenai kehilangan anaknya itu dibuat di Balai Polis Tanah Merah sehari selepas kejadian.

"Saya sekeluarga sudah puas mencari merata tempat tetapi gagal. Kalau dapat tahu dia di mana pun sudah cukup," katanya yang mengalami tekanan perasaan setiap kali mengingatkan anaknya itu.

Orang ramai yang melihat atau mengetahui maklumat mengenai Nur Asyikin boleh menghubungi Rohani di talian 013-9394781 atau balai polis berdekatan



Demikianlah Artikel Remaja baharu kahwin sebulan dilaporkan hilang

Sekianlah artikel Remaja baharu kahwin sebulan dilaporkan hilang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Remaja baharu kahwin sebulan dilaporkan hilang dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/remaja-baharu-kahwin-sebulan-dilaporkan.html

Subscribe to receive free email updates: