Tiada rakyat Malaysia jadi mangsa serangan di Stockholm

Tiada rakyat Malaysia jadi mangsa serangan di Stockholm - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada rakyat Malaysia jadi mangsa serangan di Stockholm, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada rakyat Malaysia jadi mangsa serangan di Stockholm
link : Tiada rakyat Malaysia jadi mangsa serangan di Stockholm

Baca juga


Tiada rakyat Malaysia jadi mangsa serangan di Stockholm

ANTARAPOS.COM
Post Pic
PUTRAJAYA: Tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa dalam serangan menggunakan trak di Stockholm, Sweden tengah hari semalam, menurut Wisma Putra. 
 
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Kedutaan Malaysia di Karlavagen 37 juga menasihati rakyat negara ini supaya melaporkan keadaan mereka serta mengelak daripada berada di jalan raya yang sering mengalami kesibukan di Stockholm. 
 
Bagaimanapun, menurut Wisma Putra, pihak berkuasa Stockholm belum mengumumkan kewarganegaraan mereka yang menjadi mangsa dalam serangan itu. 
 
Stockholm diletakkan dalam kawalan ketat selepas sebuah trak yang dirampas, merempuh sebatang jalan raya dipenuhi pejalan kaki berhampiran Ahlens, sebuah pusat beli-belah utama di Stockholm. 
 
Menurut laporan, sekurang-kurangnya lima orang maut manakala 15 cedera dan seorang suspek ditangkap berhubung serangan di Drottninggatan, di tengah Stockholm. 
 
Perdana Menteri Sweden Stefan Lofven menyifatkan kejadian itu sebagai serangan pengganas.
 
"Serangan ini nampaknya menggunakan modus operandi sama seperti dalam serangan di Nice dan Berlin tahun lepas serta kejadian dahsyat di jambatan Westminster beberapa minggu lepas apabila kenderaan digunakan untuk melakukan serangan. 
 
"Orang ramai dinasihati supaya mengelak daripada berada di pusat bandar untuk sementara waktu," menurut kenyataan Wisma Putra. 
 
Menurut Wisma Putra, bagi mendapatkan maklumat lanjut atau melaporkan sebarang perkara kecemasan, orang ramai boleh menghubungi kedutaan itu melalui talian +46 (8) 440 8400 atau ibu pejabatnya melalui talian 603-88874570 atau 60388892746.
 
 


Demikianlah Artikel Tiada rakyat Malaysia jadi mangsa serangan di Stockholm

Sekianlah artikel Tiada rakyat Malaysia jadi mangsa serangan di Stockholm kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada rakyat Malaysia jadi mangsa serangan di Stockholm dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/tiada-rakyat-malaysia-jadi-mangsa.html

Subscribe to receive free email updates: