Tun M tidak sedar dia bapa pecah belah Melayu

Tun M tidak sedar dia bapa pecah belah Melayu - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun M tidak sedar dia bapa pecah belah Melayu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun M tidak sedar dia bapa pecah belah Melayu
link : Tun M tidak sedar dia bapa pecah belah Melayu

Baca juga


Tun M tidak sedar dia bapa pecah belah Melayu

 

USTAZ IDRIS AHMAD

TOLONGLAH Tun Mahathir cermin diri dulu. Jangan hentam semborono begitu sahaja  mengatakan PAS punca Melayu berpecah. Kalau Tun terlupa saya hendak ingatkan kepada Tun. Bukankah zaman Tun Melayu berpecah?

Selama 22 tahun Tun berkuasa, tiga Timbalan Perdana Menteri terpelanting. Lahir team A dan team B di  dalam Umno sehingga Umno diharamkan. Zaman Tun lahirnya Parti Semangat 46 dan Parti Keadilan Rakyat.

Bukankah zaman Tun, royalti minyak untuk Terengganu ditarik. Bukankan zaman Tun wujudnya Pejabat Pembangunan Persekutuan di Kelantan sehingga membazir berjuta wang negara apabila BN kalah pada tahun 1990.

Adanya Penghulu Persekutuan dan Penghulu negeri di Kelantan. Apakah Kelantan bukan negeri Melayu? Pejabat Pembangunan Persekutuan wujud di negeri yang BN kalah.  Trend ini wujud hingga zaman DS Najib. Apakah ini lambang perpaduan Melayu?

Zaman Tun juga apabila tsunami Melayu di dalam PRU 1999 selepas DS Anuar Ibrahim dipecat, maka Tun telah mewujudkan persempadanan semula. Sehingga merosakkan kerusi Melayu. Apakah kelakuan Tun, maka Tun bapa penyatuan Melayu?

Kenapa Tun terlalu berdendam dengan PAS? Salahkah PAS hendak membawa hala tuju sendiri. PAS masih di blok pembangkang. Jangan perasan Tun sahaja hendak melawan BN. PAS juga melawan BN. Semasa
Tun berkuasa pun kami lawan. Tun baru hendak belajar melawan BN. Belajarlah menjadi pembangkang.

Sekarang baru Tun tahu betapa peritnya menjadi pembangkang di Malaysia.

Kenapa pula Tun hendak marah kepada PAS apabila tidak menyertai PH. Ikut pemikiran Tun, kalah di dalam pemilihan maka tubuh parti baru. Kalau tidak mahu sertai pakatan Tun, maka ini dianggap pemecah belah orang Melayu.

PAS tidak berminat untuk lawan dengan Tun yang sudah tidak berkuasa. Tetapi apabila Tun serang PAS, maka PAS akan mempertahankan diri. – HARAKAHDAILY 


Demikianlah Artikel Tun M tidak sedar dia bapa pecah belah Melayu

Sekianlah artikel Tun M tidak sedar dia bapa pecah belah Melayu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun M tidak sedar dia bapa pecah belah Melayu dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/tun-m-tidak-sedar-dia-bapa-pecah-belah.html

Subscribe to receive free email updates: