Azmin sokong keputusan Adam Rosly bercuti

Azmin sokong keputusan Adam Rosly bercuti - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin sokong keputusan Adam Rosly bercuti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin sokong keputusan Adam Rosly bercuti
link : Azmin sokong keputusan Adam Rosly bercuti

Baca juga


Azmin sokong keputusan Adam Rosly bercuti

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali berkata keputusan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly untuk bercuti daripada semua jawatan dalam parti selepas terpalit dengan kes rasuah adalah tepat.
 
"Kita terima keputusan dia. Ia keputusan tepat supaya tidak dikaitkan dengan parti dan kita kena menghormati proses undang-undang. 
 
"Seseorang tidak bersalah sehingga didapati bersalah oleh mahkamah. Dia ada hak untuk pertahan diri dan proses itu akan dilalui. 
 
"Sementara itu dia ambil keputusan bercuti dan parti menerima keputusan beliau hendak bercuti," katanya selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di SACC Convention Centre di sini hari ini. 
 
Adam minggu lalu mengumumkan untuk bercuti daripada semua jawatan dalam parti sementara siasatan kes berhubung 'kekayaan luar biasanya' sedang dijalankan.  
 
Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Allaudeen Ismail, menetapkan 29 Mei ini untuk sebutan semula kes rasuah beliau.
 
Dalam pada itu, Azmin menolak wujudnya 'pertelingkahan' antara Adam dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
 
"Tiada pertelingkahan. Mungkin itu permainan media," tambahnya.
 
'Pertelingkahan' Adam dan Rafizi bermula selepas Ahli Parlimen Pandan itu mencadangkan PKR menjarakkan diri daripada 'kemelut peribadi' Adam, terutama ketika parti bersedia menghadapi pilihan raya umum.
 
Adam kemudian menempelak Rafizi, dengan mendakwa telah lama bersabar dengan naib presiden PKR itu.
 
Pemimpin muda itu turut menuntut Rafizi mendedahkan sumber dana pusat penyelidikan Invoke dan Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) yang diasaskannya, yang kemudian disahut Rafizi sejurus selepas cabaran itu
 
 


Demikianlah Artikel Azmin sokong keputusan Adam Rosly bercuti

Sekianlah artikel Azmin sokong keputusan Adam Rosly bercuti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azmin sokong keputusan Adam Rosly bercuti dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/azmin-sokong-keputusan-adam-rosly.html

Subscribe to receive free email updates: