Bukan Satu Jawapan Tetapi Satu Percapahan Otak

Bukan Satu Jawapan Tetapi Satu Percapahan Otak - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bukan Satu Jawapan Tetapi Satu Percapahan Otak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bukan Satu Jawapan Tetapi Satu Percapahan Otak
link : Bukan Satu Jawapan Tetapi Satu Percapahan Otak

Baca juga


Bukan Satu Jawapan Tetapi Satu Percapahan Otak



 Tidak terlewat untuk saya ucapkan tahniah kepada Dr. Kamarulzaman Mohd Yusuf atas anugerah Tokoh Akademik yang diterimanya sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat di Kedah baru-baru ini.

 Tulisan Dr. Kamaruzaman dalam facebooknya memaksa untuk saya menulis dan memperuntukkan sedikit masa dengan mengorbankan komitmen dan waktu saya yang sangat bermakna. Dan ketika tulisan ini siap, ramai yang sudah tidur mati. Harap-harap ada yang membaca dan fikirkan sebelum tidur. Jangan mimpikan saya dalam tidur kalian. Selamat membaca.

 Hujah Dr. Kamaruzaman dengan sandaran dokumen-dokumen rasmi PAS memang tidak boleh dinafikan kebenarannya.

 Inilah kelebihan beliau yang mampu menghimpunkan dokumen-dokumen rasmi PAS yang asli. Kadangkala saya sendiri cemburu kerana tidak memiliki koleksi meski berpuluh tahun dalam PAS. Bagi sarjana sejarah, dokumen-dokumen dianggap sebagai artifak yang sangat penting dalam penghujahan. Kita tidak boleh nafikan kepentingan dokumen sebagai sumber sejarah.

 Pendekatan mengkaji dokumen sebagai artifak sejarah dikenali sebagai textual analysis atau kajian teks. Secara umumnya, kajian teks terbahagi dua kaedah. Satu kaedah disebut sebagai interpretive textual analyses yang termasuk kajian semiotic, rethoric, ideologi, psikologi dan sebagainya. Kajian ini melihat bagaimana pengkaji atau penulis mencipta subjek dan objek serta konteks daripada teks tersebut. Ini melibatkan kajian konteks yang merujuk sosio pada masa teks itu wujud.

 Satu lagi ialah kajian content analysis yang menfokuskan isi kandungan melalui aspek pemilihan perkataan, konsep, tema, frasa, ayat dan sebagainya. Kajian ini juga melihat hubungan teks dengan penulis serta pembaca dan latar belakang masa teks itu ditulis.

 Dr. Kamaruzaman menggunakan pendekatan kajian teks secara literal tanpa memahami konteks yang hendak disampaikan oleh Mahfuz Omar. Oleh itu, pandangannya betul jika berasaskan kaedah itu yang digunakan. Namun jika kita gunakan pendekatan lain, kita akan perolehi dapatan yang berbeza. Mari ikuti bacaan ini dengan hati terbuka.

 Istilah ‘pengkhianat’ yang digunakan oleh Mahfuz Omar bagi merujuk Parti Amanah Negara (atau PAN mengikut sebutan PAS) lebih bersifat sarkastik. Sarkastik secara mudahnya adalah bahasa perli atau sindir. Bukankah orang Melayu ini kaya dengan sindiran melalui bidalan. Pukul anak, sindir menantu. Siapa makan cili, dialah yang merasa pedasnya. Kera di hutan disususkan, anak di rumah mati kelaparan.

 Mahfuz Omar menggunakan istilah ’pengkhianat’ sama seperti saya mengaku saya adalah PANDAP. Itu perli!

Sama seperti sewaktu ketika Mahathir pernah menyebut bahawa sepanjang pemerintahannya, beliau adalah seorang pemerintah yang ‘zalim, ‘memenjarakan Anwar yang tidak bersalah’ dan Mahathir sendiri ‘minta maaf’. Video tersebut telah digunakan oleh pihak pembangkang (termasuk PAS) ketika itu dalam kempen pilihanraya umum secara meluas. Apakah itu yang dimaksudkan oleh Mahathir ketika itu? Bagi orang biasa yang naif, mereka percaya Mahathir telah bertaubat! Hakikatnya, Mahathir sedang bersarkastik. Mahathir bercakap dengan bahasa musuhnya. Sayangnya, musuh tidak faham bahasa dan berfikiran lurus bendul. Pandir sungguh!

 Awalnya teks sifatnya kaku dan mati. Orang yang membaca dan mengkajinya akan memberi tafsiran dan menghidupkannya dengan polemik dan wacana.

 Tindakan Mahfuz Omar tidak menyebut Abdul Hadi Awang sebagai salah seorang yang berperanan penting dalam tahaluf siasi dengan S46, mungkin beliau terlupa atau sengaja tidak mahu menyebutnya. Pada saya, Mahfuz Omar melihat Abdul Hadi Awang sebagai ‘others’. Zygmunt Bauman menulis tentang konsep ‘otherness’ sebagai pusat sesuatu pemikiran masyarakat yang mewujudkan identiti dan sekaligus mewujudkan dikotonomi. Begitulah kedudukan Mahfuz Omar dan Abdul Hadi Awang, satu parti tetapi tidak sehaluan. Mahfuz Omar sendiri menyebut beliau hendak sedarkan para ahli PAS, bukan pimpinannya termasuklah Presidennya sendiri.

 Jika Mahfuz Omar tidak menyebut peranan Abdul Hadi Awang bukan bermaksud beliau temberang. Dr. Kamaruzaman sendiri sudah memasukkan bahawa Abdul Hadi Awang turut memainkan peranan penting. Ada lagi tokoh yang sama penting ketika itu yang tidak disebut oleh Mahfuz Omar dan Dr. Kamaruzaman sendiri. Itulah dia, Nakhaei Hj. Ahmad. Adakah Dr. Kamaruzaman juga temberang. Saya fikir tidak sama sekali. Ini kerana sejarah tidak pernah muktamad sebagaimana yang pernah diharapkan Lord Acton suatu ketika dulu (kalau tak silap ingatan saya - tak sempat nak rujuk).

 Saya sarankan agar Dr. Kamaruzaman menggunakan sekali sekala pendekatan Derrida, Michel Foucault, Noam Chomsky dan lain-lain dalam memahami teks dan konteks. Pendekatan ini lebih kritis dan mencabar pemikiran biasa kita. Saya masih belum sepenuhnya memahami buku yang bertajuk ‘Speech and Phenomena’ karya Jaquis Derrida. Jangan tanya. Tunggu saya khatam.

 Dan kita tidak akan tertipu dengan manifesto parti atau slogan politik. Yeaah!

Nota : Tulisan Dr. Kamarulzaman Mohd Yusuf yang berkaitan boleh diakses di sini


Demikianlah Artikel Bukan Satu Jawapan Tetapi Satu Percapahan Otak

Sekianlah artikel Bukan Satu Jawapan Tetapi Satu Percapahan Otak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bukan Satu Jawapan Tetapi Satu Percapahan Otak dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/bukan-satu-jawapan-tetapi-satu.html

Subscribe to receive free email updates: