Judul : Johari: Apakah 'jerung' masih kebal dari tindakan SPRM?
link : Johari: Apakah 'jerung' masih kebal dari tindakan SPRM?
Johari: Apakah 'jerung' masih kebal dari tindakan SPRM?
MALAYSIAKINISuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disaran mengambil tindakan terhadap kes-kes berprofil tinggi yang melibatkan ahli politik tanpa perlu menunggu Pilihan Raya Umum ke-14.
Anggota Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, sekiranya terdapat bukti kukuh, SPRM tidak perlu menunggu sehingga PRU untuk mengheret ahli politik yang terlibat dengan rasuah.
“Mengapa perlu menunggu sehingga parlimen dibubarkan untuk mengeluarkan kenyataan keras?
“Mengapa perlu tunggu selepas PRU14? Sedangkan jika mempunyai bukti kukuh, tindakan segera perlu dilakukan,” soal Johari dalam kenyataannya hari ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, Datuk Dzulkifli Ahmad semalam berkata pihaknya sedang menyiasat beberapa kes berprofil tinggi melibatkan ahli politik namun agensi itu perlu berhati-hati sebelum bertindak bagi mengelak dituduh terlibat dalam politik.
Beliau juga berkata tindakan tegas akan diambil tanpa teragak-agak selepas PRU14 kerana SPRM perlu kekal sebagai agensi yang melindungi kepentingan rakyat.
Menurut Dzulkifli, apabila parlimen dibubarkan untuk membolehkan PRU14 diadakan, beliau akan mengeluarkan kenyataan keras.
Mengulas lanjut, Johari turut mempersoalkan sama ada ‘jerung-jerung’ yang terlibat dengan rasuah terlalu kebal sehingga SPRM tidak mampu bertindak ke atas mereka.
"Apakah 'jerung-jerung' masih kebal dan berkuasa sehingga (SPRM) tidak mampu untuk bertindak? Bukankah ini akan mencalarkan identiti SPRM yang sepatutnya melindungi kepentingan rakyat dan negara," soalnya..
Justeru Johari berkata SPRM sepatutnya diletakkan di bawah parlimen dan kuasa pendakwaan dilakukan tanpa terikat dengan kerajaan,” katanya.
"Jika SPRM berperanan dan bertanggungjawab bagi memerangi rasuah, laksanakan tugas seadilnya.
"Kesalahan rasuah tidak mengira masa dan ketika untuk bertindak. Jangan takut untuk melakukan perubahan demi Malaysia yang lebih baik,” katanya.

Demikianlah Artikel Johari: Apakah 'jerung' masih kebal dari tindakan SPRM?
Sekianlah artikel Johari: Apakah 'jerung' masih kebal dari tindakan SPRM? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Johari: Apakah 'jerung' masih kebal dari tindakan SPRM? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/johari-apakah-jerung-masih-kebal-dari.html