Judul : PAS tiada kerjasama dengan Pakatan Harapan, Umno
link : PAS tiada kerjasama dengan Pakatan Harapan, Umno
PAS tiada kerjasama dengan Pakatan Harapan, Umno
Timbalan Presiden PAS berkata mereka sedang memperkasakan blok pembangkang ke-3 bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14
KOTA BHARU: Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan parti itu tidak akan menyertai Pakatan Harapan (PH) sebaliknya sedang memperkasakan blok pembangkang ke-3 bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Mereka berharap PAS menyertai PH, namun kita tidak akan bersama mereka.
“Ini kerana prinsip yang dibawa PAS sering kali ditentang beberapa kumpulan dalam pakatan itu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah hari ini.
Tuan Ibrahim juga membidas pemimpin tertentu dalam PH yang menuduh PAS bekerjasama dengan Umno untuk menghadapi PRU14 termasuk berhubung pengagihan kerusi untuk ditandingi.
“Sebagai pemimpin, kalau kita percaya dengan maklumat yang dikutip di tepi jalan maka tidak layaklah menjadi pemimpin.
“Sepatutnya mereka mendapatkan maklumat yang betul,” katanya sambil menegaskan PAS tidak menjalin sebarang kerjasama politik dengan Umno.
Demikianlah Artikel PAS tiada kerjasama dengan Pakatan Harapan, Umno
Sekianlah artikel PAS tiada kerjasama dengan Pakatan Harapan, Umno kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS tiada kerjasama dengan Pakatan Harapan, Umno dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/pas-tiada-kerjasama-dengan-pakatan.html