Hina mufti Perlis, lelaki didenda RM2,500

Hina mufti Perlis, lelaki didenda RM2,500 - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hina mufti Perlis, lelaki didenda RM2,500, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hina mufti Perlis, lelaki didenda RM2,500
link : Hina mufti Perlis, lelaki didenda RM2,500

Baca juga


Hina mufti Perlis, lelaki didenda RM2,500



Tertuduh menggunakan nama ‘Mohd Shukor RK” memuat naik komen jelek terhadap Asri melalui akaun Facebook dengan niat menyakitkan hati orang 


Mohd-Asri-Zainul-Abidin_law_600


KANGAR: Seorang operator pengeluaran kilang di Jejawi yang mengaku bersalah atas dakwaan menghina Mufti Perlis Datuk Mohd Zainul Abidin, didenda RM2,500 oleh Mahkamah Sesyen Kangar hari ini.

Mohd Shukor Ishak, 30, yang tinggal di Kampung Hutan Temin, Mata Air, Arau membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Amril Johari.

Tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Hajar Ahmad manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari.

Siti Hajar merayu bagi pihak anak guamnya agar mahkamah mengenakan hukuman ringan selepas dia mengakui kesilapan dan insaf dengan perbuatannya.

Hakim Azhar Abu Hassan kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,500 atau penjara 3 bulan jika tertuduh gagal menjelaskan denda.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh menggunakan nama ‘Mohd Shukor RK” memuat naik komen jelek terhadap Asri yang lebih dikenali sebagai Dr Maza secara sedar melalui akaun Facebook beliau pada pukul 6.30 petang, 30 April lepas dengan niat untuk menyakitkan hati orang.

Dia dituduh mengikut seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan dihukum mengikut seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 1 tahun atau kedua-duanya.



Demikianlah Artikel Hina mufti Perlis, lelaki didenda RM2,500

Sekianlah artikel Hina mufti Perlis, lelaki didenda RM2,500 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hina mufti Perlis, lelaki didenda RM2,500 dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/hina-mufti-perlis-lelaki-didenda-rm2500.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :