Rosmah Ke SPRM, Najib Pula Ke PDRM

Rosmah Ke SPRM, Najib Pula Ke PDRM - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rosmah Ke SPRM, Najib Pula Ke PDRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rosmah Ke SPRM, Najib Pula Ke PDRM
link : Rosmah Ke SPRM, Najib Pula Ke PDRM

Baca juga


Rosmah Ke SPRM, Najib Pula Ke PDRM


Pagi ini bekas Perdana Menteri DS Najib Tun Razak yang juga bekas Presiden UMNO dipanggil PDRM untuk beri keterangan berhubung siasatan di bawah AMLA.

Manakala isterinya DS Rosmah Mansor pula dipanggil ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk beri keterangan.

KUALA LUMPUR, 3 Okt ― Datuk Seri Najib Razak diminta memberi keterangan sekali lagi berhubung siasatan kes pengubahan wang haram dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas perdana menteri hadir di ibu pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (CCID) di Jalan Tun Razak di sini jam 10 pagi ini, kata penyokongnya Datuk Lokman Noor Adam.



Ahli majli tertinggi Umno itu, yang juga presiden Pemantau Malaysia Baharu, melalui Facebook turut menggesa pengikutnya menyatakan sokongan kepada Najib di situ.

Lokman memberitahu Harian Metro malam tadi beliau mahu hadir di lokasi Najib disoal siasat di Menara KPJ kira-kira setengah jam sebelum bekas presiden Umno itu tiba.

“[Ia juga] sebagai bantahan kita terhadap penyalahgunaan AMLA [Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram] ke atas musuh politik Pakatan Harapan,” katanya dalam kenyataan.

Najib sebelum ini disiasat oleh unit CCID itu sebanyak tiga kali, pada pada 20 September, 27 Ogos dan 30 Ogos.

Jabatan inilah yang merampas tunai dan barangan bernilai RM1 bilion di kediamannya.

Dalam masa yang sama The Malay Mail juga melaporkan Rosmah telah dipanggil ke SPRM buat kali ke tiga hari ini..

PUTRAJAYA, 3 Okt — Isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini untuk diambil keterangan buat kali ketiga.

Rosmah tiba di SPRM pada kira-kira 10.45 pagi.

Semalam, media melaporkan Rosmah perlu hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pagi ini bagi membantu siasatan suruhanjaya itu.

Kali pertama beliau hadir di SPRM ialah pada 5 Jun lalu bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd.

SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Pada 26 September lalu, Rosmah sekali lagi dipanggil oleh SPRM dan memberi keterangan hampir 13 jam.

Akhbar sebelum ini melaporkan Rosmah dijangka berdepan lebih 20 pertuduhan jenayah, kebanyakannya membabitkan pengubahan wang haram.

Pada 20 September lepas, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata agensi itu tidak menolak kemungkinan Rosmah akan didakwa dalam masa terdekat



Demikianlah Artikel Rosmah Ke SPRM, Najib Pula Ke PDRM

Sekianlah artikel Rosmah Ke SPRM, Najib Pula Ke PDRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rosmah Ke SPRM, Najib Pula Ke PDRM dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/10/rosmah-ke-sprm-najib-pula-ke-pdrm.html

Subscribe to receive free email updates: