Judul : PKR bawa mesin fotostat salin draf daftar pemilih
link : PKR bawa mesin fotostat salin draf daftar pemilih
PKR bawa mesin fotostat salin draf daftar pemilih
Kecewa dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya yang tidak lagi mengagihkan draf daftar pemilih kepada parti-parti politik, PKR Perak hari ini bertindak nekad dengan membawa mesin fotostat ke pejabat suruhanjaya itu di Ipoh untuk membuat salinan.
Menurut Tan, beliau dan pasukannya memohon kebenaran bagi menyalin dokumen berkenaan di luar kawasan pejabat, tetapi ini ditolak oleh anggota SPR yang bertugas.
Ini memaksa Tan dan pasukannya yang berjumlah kira-kira 40 orang, membawa keluar barangan berkenaan daripada kenderaan mereka memandangkan mereka lebih awal menjangkakan SPR tidak akan memberika kerjasama.
Pemimpin PKR itu juga mendakwa mereka dihalang menggunakan bekalan elektrik di pejabat berkenaan dan terpaksa bergantung kepada generator yang dibawa itu.
Sehingga jam 3:30 petang tadi, mereka berjaya menyalin lima daripada 24 daftar pemilih tambahan bagi kerusi parlimen di Perak, dan keseluruhan proses itu dijangka selesai menjelang esok, kata Tan kepada Malaysiakini.
Menurutnya, peraturan SPR itu menyukarkan parti-parti politik untuk mengesan pengundi hantu dan mereka yang dipindahkan ke kawasan lain.
"Selain itu, daftar pemilih dipaparkan selama hanya 14 hari. Selepas ditolak hujung minggu dan cuti, hanya ada kira-kira lapan atau sembilan hari.
"Kita perlu menganalisis dalam masa yang singkat dan mengemukakan bantahan," kata Tan.
Daftar pemilih tambahan bagi suku pertama 2017 sedang dipamerkan bermula dari 9 hingga 22 Mei ini.
Parti-parti politik dan individu boleh membuat bantahan sepanjang tempoh yang ditetapkan itu.
Tan juga mempersoalkan mengapa BN tidak membantah terhadap keputusan SPR berhubung daftar pemilih itu.
"Adakah mereka mempunyai cara khas untuk mendapatkan dokumen itu?" soalnya.
LIHAT VIDEO DI SINI
Demikianlah Artikel PKR bawa mesin fotostat salin draf daftar pemilih
Sekianlah artikel PKR bawa mesin fotostat salin draf daftar pemilih kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PKR bawa mesin fotostat salin draf daftar pemilih dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/pkr-bawa-mesin-fotostat-salin-draf.html