Biro Politik PKR Akhirnya Setuju Dr Mahathir Ketuai PH – The Malaysian Insight

Biro Politik PKR Akhirnya Setuju Dr Mahathir Ketuai PH – The Malaysian Insight - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Biro Politik PKR Akhirnya Setuju Dr Mahathir Ketuai PH – The Malaysian Insight, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Biro Politik PKR Akhirnya Setuju Dr Mahathir Ketuai PH – The Malaysian Insight
link : Biro Politik PKR Akhirnya Setuju Dr Mahathir Ketuai PH – The Malaysian Insight

Baca juga


Biro Politik PKR Akhirnya Setuju Dr Mahathir Ketuai PH – The Malaysian Insight






The Malaysian Insight – Selepas berminggu dalam keraguan tanpa sebarang keputusan, akhirnya biro politik PKR bersetuju Dr Mahathir Mohamad mengetuai senarai pimpinan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).


Sumber memberitahu The Malaysian Insight, keputusan itu dicapai semasa mesyuarat biro politik PKR malam tadi.

Sumber biro politik PKR memberitahu, mereka bersetuju bekas perdana menteri itu mengetuai gabungan pembangkang itu agar ia lebih kukuh untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Mesyuarat biro politik bersetuju Dr Mahathir menjadi pengerusi PH. Manakala presiden kami Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi presiden PH,” kata sumber berkenaan.

Sumber berkata, Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim pula dinamakan sebagai penasihat PH.

The Malaysian Insight difahamkan, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali masing-masing dinamakan sebagai timbalan presiden PH.

“Dr Mahathir dipersetujui memimpin kerana beliau mampu mengetuai PH untuk mendapatkan undi Melayu yang selama ini dikuasai Umno,” kata sumber itu lagi.

“Selepas ini PKR akan berbincang dengan Amanah dan DAP untuk mendapatkan persetujuan mereka kerana Bersatu sudah bersetuju.”

Semalam The Malaysian Insight melaporkan Anwar bersetuju menyerahkan kata putus kepada biro politik PKR dalam mencadangkan barisan kepimpinan majlis presiden PH sebelum ia didaftarkan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Menurut sumber, persetujuan itu dibuat Anwar dalam pertemuan dengan dua wakil PH iaitu Mohamad Sabu dan Naib Presiden Husam Musa di mahkamah pada Selasa.

Pada mesyuarat terbaru Majlis Presiden PH Jumaat lepas, persetujuan sudah dicapai tentang struktur perjawatan majlis presiden namun PKR tidak berani memberikan kata putus kerana ia berbeza dengan struktur dipersetujui Anwar sebelum ini.

Dalam struktur baru itu, Anwar dilantik sebagai ketua umum PH. Dr Mahathir pula dipersetujui untuk menjadi pengerusi manakala Wan Azizah pula dilantik sebagai presiden majlis.

Sebelum ini, dalam notanya kepada PKR, Anwar mahu senarai yang dipersetujui sebulan lalu dikekalkan.

Dalam senarai itu, Dr Mahathir dan Anwar dilantik sebagai penasihat manakala jawatan pengerusi diberikan kepada Wan Azizah.




Demikianlah Artikel Biro Politik PKR Akhirnya Setuju Dr Mahathir Ketuai PH – The Malaysian Insight

Sekianlah artikel Biro Politik PKR Akhirnya Setuju Dr Mahathir Ketuai PH – The Malaysian Insight kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Biro Politik PKR Akhirnya Setuju Dr Mahathir Ketuai PH – The Malaysian Insight dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/06/biro-politik-pkr-akhirnya-setuju-dr.html

Subscribe to receive free email updates: