Amanah Selangor bincang secara dalaman gesaan kaji balik kedudukan PAS -Azmin

Amanah Selangor bincang secara dalaman gesaan kaji balik kedudukan PAS -Azmin - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amanah Selangor bincang secara dalaman gesaan kaji balik kedudukan PAS -Azmin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amanah Selangor bincang secara dalaman gesaan kaji balik kedudukan PAS -Azmin
link : Amanah Selangor bincang secara dalaman gesaan kaji balik kedudukan PAS -Azmin

Baca juga


Amanah Selangor bincang secara dalaman gesaan kaji balik kedudukan PAS -Azmin

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Amanah Selangor akan berbincang secara dalaman mengenai gesaannya sebelum ini yang mahukan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali mengkaji semula kedudukan PAS dalam kerajaan negeri Selangor.
 
Azmin berkata beliau sudahpun berbincang dengan Amanah berhubung perkara itu sebaik gesaan itu dibuat.
 
“Saya telah berbincang dengan jawatankuasa kepimpinan parti, mereka akan menyelesaikan perkara itu secara dalaman,” kata Azmin yang juga pengerusi PH Selangor itu.
 
Menurutnya, beliau menunggu kenyataan pimpinan Amanah pusat berhubung perkara itu.
 
Konvensyen Amanah Selangor semalam meluluskan usul meminta Azmin menimbang semula kedudukan PAS dalam pentadbiran Selangor.
 
Ketua Amanah Ampang, Mohd Anuar Mohd Yusof, yang membentangkan usul itu, berkata ia sejajar dengan keputusan PH untuk tidak bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.
 
“Ini untuk memastikan kehadiran PAS berterusan di pentadbiran Selangor tidak menjadi duri dalam daging, yang kemudian boleh menjejaskan usaha untuk mempertahankan kerajaan Selangor yang dipimpin PH,” kata beliau pada konvensyen Amanah.
 
Anuar berkata usul itu dibuat mengambil kira PAS bukan sebahagian daripada pakatan pembangkang.
 
Azmin sebelum berkali-kali menegaskan PAS perlu berada dalam kerajaan negeri Selangor memandangkan ianya mandat yang diberikan rakyat pada pilihan raya umum lalu.
 
Rabu lalu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata tiada arahan daripada pusat untuk menamatkan rundingan dengan PKR.
 
“PAS Selangor bersedia berbincang dengan sesiapa pun demi kebaikan rakyat dan negara,” kata Yunus.
 
Gabungan pembangkang mentadbir Selangor sejak 2008. 
 
PAS ketika ini mempunyai 13 Adun di Dewan Negeri Selangor, 3 exco di majlis mesyuarat kerajaan negeri, seorang timbalan speaker dan ramai ahli majlis di peringkat pihak berkuasa tempatan.
 
 


Demikianlah Artikel Amanah Selangor bincang secara dalaman gesaan kaji balik kedudukan PAS -Azmin

Sekianlah artikel Amanah Selangor bincang secara dalaman gesaan kaji balik kedudukan PAS -Azmin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amanah Selangor bincang secara dalaman gesaan kaji balik kedudukan PAS -Azmin dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/09/amanah-selangor-bincang-secara-dalaman.html

Subscribe to receive free email updates: