'Kami memang kemaruk kuasa'

'Kami memang kemaruk kuasa' - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Kami memang kemaruk kuasa', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Kami memang kemaruk kuasa'
link : 'Kami memang kemaruk kuasa'

Baca juga


'Kami memang kemaruk kuasa'

 


Tanpa berselindung Mohamad Sabu berkata parti yang dipimpinnya memang 'kemaruk kuasa'.

Namun kata tokoh yang lebih mesra dikenali sebagai Mat Sabu itu Parti Amanah Negara (AMANAH) bersikap demikian menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 ini adalah untuk merampas kuasa daripada "orang gila".

“Memanglah (kemaruk kuasa), kami nak ambil kuasa. Kami bertanding kerana nak ambil kuasa, bukan nak seronok-seronok.

“Kita masuk pilihan raya sebab nak ambil kuasa dan gila kuasa. Sebab kita nak rampas kuasa daripada orang gila,” katanya sambil ketawa.

Mohamad berkata demikian semasa menghadiri sidang media di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) di Petaling Jaya hari ini.

Turut hadir Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dan Ketua Pemuda BERSATU Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Terdahulu Mohamad mengumumkan penganjuran himpunan 100,000 Sayangi Malaysia Hapus
Kleptokrasi oleh Pakatan Harapan (HARAPAN) yang dijadual diadakan pada 14 Oktober ini.

Himpunan itu akan diadakan di Padang Timur Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Pagi tadi AMANAH ditempelak kerana meluluskan usul menggesa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali supaya mengkaji semula kedudukan PAS dalam kerajaan negeri.

Menurut Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi usul berkenaan dibuat ketika tiada sebarang masalah timbul dalam kerajaan negeri.

“Bagi saya, itu bukan soal pilihan raya tetapi soal kemaruk kepada kuasa,” katanya



Demikianlah Artikel 'Kami memang kemaruk kuasa'

Sekianlah artikel 'Kami memang kemaruk kuasa' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Kami memang kemaruk kuasa' dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/09/kami-memang-kemaruk-kuasa.html

Subscribe to receive free email updates: