Judul : Kerajaan tapis pelarian Rohingya di Malaysia
link : Kerajaan tapis pelarian Rohingya di Malaysia
Kerajaan tapis pelarian Rohingya di Malaysia
ANTARAPOS.COMJOHOR BAHRU: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kerajaan akan melakukan saringan terhadap pelarian Rohingya di negara ini agak golongan itu tidak mengambil kesempatan.
Langkah itu juga diambil supaya pelarian Rohingya tidak menjadikan Malaysia sebagai kawasan persembunyian.
“Kita tidak mahu ada yang mengambil kesempatan dalam keadaan kita sedia membantu mereka,” katanya selepas Program Karnival #Kita Pulai@Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah, Taman Perling, petang tadi.
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Malaysia akan menyumbang bantuan makanan dan peralatan bernilai RM4 juta bagi membantu pelarian Rohingya di sempadan Bangladesh.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyempurnakan pelepasan tim tinjauan Misi Kemanusiaan Pelarian Rohingya ke Chittagong, Bangladesh di Pangkalan Udara Subang dekat sini.
Pasukan tinjauan berkenaan yang diwakili lapan anggota terdiri daripada enam anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan masing-masing seorang kakitangan Kementerian Pertahanan serta sukarelawan 1Malaysia for youth (iM4U) berlepas dengan menaiki pesawat pengangkut A400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Demikianlah Artikel Kerajaan tapis pelarian Rohingya di Malaysia
Sekianlah artikel Kerajaan tapis pelarian Rohingya di Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan tapis pelarian Rohingya di Malaysia dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/09/kerajaan-tapis-pelarian-rohingya-di.html