Jangan remehkan pemilihan CEC, kata bekas ahli kepada DAP

Jangan remehkan pemilihan CEC, kata bekas ahli kepada DAP - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan remehkan pemilihan CEC, kata bekas ahli kepada DAP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan remehkan pemilihan CEC, kata bekas ahli kepada DAP
link : Jangan remehkan pemilihan CEC, kata bekas ahli kepada DAP

Baca juga


Jangan remehkan pemilihan CEC, kata bekas ahli kepada DAP

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: DAP dinasihatkan untuk tidak meremehkan prosedur pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 12 November ini, kata bekas ahlinya Rahmad Ishak.
 
Beliau yang merupakan Naib Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP) turut mengucapkan selamat maju jaya kepada parti berkenaan dan tidak mengulangi kesilapan lalu, pada pemilihan kali ini.
 
"Harap mereka tidak meremehkan prosedur pemilihan semula untuk kali ketiga pada 12 November ini.
 
"Kita cuma nak mengucapkan selamat maju jaya, semoga semua syarat-syarat yang diberikan sebanyak 10 syarat itu dipatuhi, dan jangan ada perasaan tidak puas hati, protes dan sebagainya.
 
"Kita juga harap selepas ini tiada kes yang akan dibawa kemuka pengadilan di antara DAP dan juga RoS," katanya ketila dihubungi Antarapos.
 
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kesanggupan DAP semalam untuk mengadakan semula pemilihan CEC seperti yang diarahkan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS). 
 
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan pemilihan semula itu dilakukan pada 12 November ini bertempat di Ideal Covention Centre, Shah Alam.
 
Dalam pada itu, mengulas lanjut Rahmad juga mengingatkan agar tidak ada mana-mana pihak menggunakan taktik kotor pada pemilihan kali ini.
 
Malah katanya, proses yang telus dan adil perlu dilaksanakan parti itu bagi memastikan masalah yang sama tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.
 
"Kita harap benda ini berjalan secara telus dan adil.
 
"Kita juga harap tidak ada unsur-unsur negatif, seumpamanya dan unsur melibatkan ahli hantu wujud pada pemilihan kali ini," ujarya.
 
Untuk rekod pada 7 Julai lalu, RoS meminta DAP mengadakan pemilihan semula CEC ekoran pelantikan ahli CEC dan pemegang jawatan utama DAP pada 29 September 2013 dianggap tidak sah dari segi undang-undang.
 
Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, pemilihan semula itu sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Disember 2012, yang melibatkan seramai 2,576 perwakilan dari 865 cawangan.
 
Mohamad Razin berkata pemilihan semula CEC yang baru adalah perlu bagi memilih 20 orang anggota yang sah berpandukan kepada Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti DAP untuk membolehkan pemilihan itu diiktiraf RoS. 




Demikianlah Artikel Jangan remehkan pemilihan CEC, kata bekas ahli kepada DAP

Sekianlah artikel Jangan remehkan pemilihan CEC, kata bekas ahli kepada DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jangan remehkan pemilihan CEC, kata bekas ahli kepada DAP dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/10/jangan-remehkan-pemilihan-cec-kata.html

Subscribe to receive free email updates: