Anak terkilan Kassim Ahmad tak sempat siapkan terjemahan Al-Quran

Anak terkilan Kassim Ahmad tak sempat siapkan terjemahan Al-Quran - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anak terkilan Kassim Ahmad tak sempat siapkan terjemahan Al-Quran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anak terkilan Kassim Ahmad tak sempat siapkan terjemahan Al-Quran
link : Anak terkilan Kassim Ahmad tak sempat siapkan terjemahan Al-Quran

Baca juga


Anak terkilan Kassim Ahmad tak sempat siapkan terjemahan Al-Quran

 
Anak ke-2 tokoh akademik veteran itu berkata bapanya hanya sempat menyiapkan 1/3 terjemahan sebelum meninggal dunia pagi tadi.


kassim-ahmad

KULIM: Anak tokoh akademik veteran Dr Kassim Ahmad yang meninggal dunia hari ini terkilan kerana arwah ayahnya itu tidak sempat menyiapkan terjemahan Al-Quran ke dalam bahasa Melayu.

Ahmad Shauqi, 50, anak ke-2 aktivis itu berkata Allahyarham hanya sempat menyiapkan 1/3 terjemahan sebelum meninggal dunia pagi tadi.

“Arwah berhasrat melakukannya kerana berasakan terjemahan yang sedia ada terlalu berbunga-bunga bahasanya.

“Arwah mahu terjemahkan kepada sesuatu yang lebih mudah difahami oleh orang ramai,” katanya ketika ditemui pemberita di rumah ayahnya itu.

Ahmad Shauqi juga mendedahkan yang ayahnya giat menulis sehinggalah ke hari-hari terakhir arwah dan antara karya terakhirnya yang sedang diusahakan ialah biografinya.

Biografi itu dijangka diterbitkan tidak lama lagi, katanya.

“Ayah, sepanjang hayatnya berjuang untuk rakyat dan sanggup bersusah kerana keluarganya dan segalanya diluahkan di dalam biografi tersebut.

“Bagi kami sebagai anak-anak, tiada pesanan akhir yang ditinggalkan kecuali mahu kami semua kembali mengikut Al-Quran,” katanya.

Kassim, 84, meninggal dunia di Hospital Kulim di sisi ahli keluarga termasuk isteri Sharifah Fauziah Syed Yusuff dan 2 daripada 3 anaknya pada 10 pagi tadi kerana mengalami masalah pernafasan.

Belia menghembuskan nafas terakhir selepas 36 jam koma.

Allahyarham terkenal dengan karya ‘Hadis: Satu Penilaian Semula”, sebuah kajian kritikal ke atas kewibawaan hadis sebagai sumber Islam dan buku itu diharamkan kerajaan pada 1986.

Karya itu juga menyebabkan beliau dianggap sebagai anti hadis.



Demikianlah Artikel Anak terkilan Kassim Ahmad tak sempat siapkan terjemahan Al-Quran

Sekianlah artikel Anak terkilan Kassim Ahmad tak sempat siapkan terjemahan Al-Quran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anak terkilan Kassim Ahmad tak sempat siapkan terjemahan Al-Quran dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/10/anak-terkilan-kassim-ahmad-tak-sempat.html

Subscribe to receive free email updates: