PAS tidak kisah Mahfuz Omar mahu wakili PH pada PRU14

PAS tidak kisah Mahfuz Omar mahu wakili PH pada PRU14 - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS tidak kisah Mahfuz Omar mahu wakili PH pada PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS tidak kisah Mahfuz Omar mahu wakili PH pada PRU14
link : PAS tidak kisah Mahfuz Omar mahu wakili PH pada PRU14

Baca juga


PAS tidak kisah Mahfuz Omar mahu wakili PH pada PRU14

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
SHAH ALAM: PAS tidak kisah jika ahlinya, Datuk Mahfuz Omar mahu bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Dr Nik Zawawi Nik Salleh berkata PAS langsung tidak terkesan dengan apa sahaja tingkah laku mahfuz malah bertegas partinya memiliki lebih ramai calon yang jauh lebih berwibawa daripadanya.
"Dalam PAS, tokoh yang lebih berwibawa daripada dia ramai," ujarnya ringkas ketika dihubungi Antarapos.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mahfuz sebelum ini bahawa beliau terbuka jika PH mahukannya mewakili gagasan itu pada PRU14 akan datang, meskipun namanya masih tersenarai sebagai ahli PAS.
Beberapa pemimpin PAS peringkat Pusat sebelum ini memberi bayangan bahawa mahfuz hampir tiada peranan dan parti itu malah mereka enggan melayan setiap kenyataan yang disuarakan bekas ketua penerangan parti itu.
Malah Mahfuz sendiri sudah bersedia untuk namanya digugurkan daripada mewakili PAS pada pilihan raya akan datang.
Mahfuz sejak tewas dalam pemilihan parti 2015, kerap mengkritik PAS dan sering dilihat menghadiri program-program anjuran PH. Mahfuz juga kerap kali menggesa PAS bergabung dengan PH untuk menumbangkan Umno Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kelak. 
Untuk rekod Mahfuz bertanding pada PRU12 (2008) menewaskan calon Umno-BN Datuk Abdul Rahman Ibrahim dengan undi majoriti 5,731.
Pada PRU13 (2013) beliau berjaya mempertahankan kerusi kerusi Parlimen Pokok Sena dengan 34,657 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Shahlan Ismail yang memperoleh 30,485 undi



Demikianlah Artikel PAS tidak kisah Mahfuz Omar mahu wakili PH pada PRU14

Sekianlah artikel PAS tidak kisah Mahfuz Omar mahu wakili PH pada PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS tidak kisah Mahfuz Omar mahu wakili PH pada PRU14 dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/10/pas-tidak-kisah-mahfuz-omar-mahu-wakili.html

Subscribe to receive free email updates: