Judul : SASARAN PAS UTK KUASAI PERLIS HANYA MIMPI
link : SASARAN PAS UTK KUASAI PERLIS HANYA MIMPI
SASARAN PAS UTK KUASAI PERLIS HANYA MIMPI
1. Perlis termasuk salah satu drpd 5 negeri sasaran Pas dlm PRU akan datang. Pas berhak utk letak sasaran itu. Tak salah dari sudut politik, syarak dan undang-undang.
2. Cuma, sama ada sasaran itu realistik atau tidak, itu boleh dibahaskan berdasarkan realiti kekuatan dan keupayaan Pas.
3. Sebagai bekas orang Pas dan rakyat Perlis, saya punya pandangan sendiri tentang sasaran itu. Bagi saya, sasaran Pas utk kuasai Perlis tak realistik.
4. Kenapa? Pertama, Pas Perlis semenjak dulu sehingga kini bukanlah kuat. Paling banyak Pas pernah menang serentak hanya tiga kerusi dgn majoriti cukup makan saja.
5. Kecuali Sanglang yg Pas menang sangat tipis dlm PRU lepas, dua DUN lagi iaitu Santan dan Guar Sanji sudah 3 penggal dimenangi Umno dgn majoriti yg semakin bertambah.
6. DUN Spg 4 yg Pas pernah menang tahun 2004 juga sudah jatuh ke tangan Umno. Sementara DUN Sanglang juga Pas menang dlm PRU lalu kerana sabotaj Umno sesama sendiri.
7. Pas pernah menang PRK Arau tahun 1997, tapi selepas itu sehingga kini dimenangi oleh Umno. DUN Bintong juga Pas pernah menang tetapi menang tak berlawan.
8. Kedua, ahli Pas di Perlis semakin mengecil. Saya berani kata, ahli Pas disetiap DUN paling ramai adalah 500 orang drpd purata 10,000 pengundi.
9. Pas menang sebelum ini bukan kerana ahli Pas tapi pengundi atas pagar yg menolak Umno. Kini, dengan kewujudan PH, walau pun ahli Pas tidak keluar Pas, tapi ramai yg tak akan undi Pas.
10. Ketiga, siapa bakal MB drpd Pas? Maaflah, saya bukan nak perlekeh pemimpin Pas Perlis, tetapi setakat yg saya kenal, tiada seorang pun pemimpin Pas peringkat negeri kini sesuai utk duduk di kerusi MB.
11. Bagi saya, tanpa kekuatan parti, sejarah prestasi Pas Perlis yg tidak membanggakan dan ketiadaan tokoh berwibawa menjadikan sasaran Pas utk menang di Perlis hanya mimpi.
12. Amanah macam mana? Amanah yg masih baru memang tidak punya kekuatan jika bersendirian, tetapi Amanah menyertai PRU akan datang atas kapasiti PH.
13. Atas nama PH, In sya Allah, kami bersedia utk menang dgn kekuatan 4 parti. Kami ada tokoh yg boleh diketengahkan sebagai MB dan pemimpin negeri.
14. Kami ada lawyer, bekas pegawai kanan kerajaan, bekas manager syarikat swasta, bahkan kami sudah sehati sejiwa utk mendokong aspirasi PH peringkat nasional utk menang di Perlis.
NOTA TAMBAHAN
15. Paling penting, kami lebih konfiden utk menang apabila hari ini aku makan tengahari dgn insan macho Abe Awang Malaya.
Demikianlah Artikel SASARAN PAS UTK KUASAI PERLIS HANYA MIMPI
Sekianlah artikel SASARAN PAS UTK KUASAI PERLIS HANYA MIMPI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SASARAN PAS UTK KUASAI PERLIS HANYA MIMPI dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/02/sasaran-pas-utk-kuasai-perlis-hanya.html