DAP Gobind Singh Belasah Najib Dan Kroninya Kow-Kow!

DAP Gobind Singh Belasah Najib Dan Kroninya Kow-Kow! - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP Gobind Singh Belasah Najib Dan Kroninya Kow-Kow!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP Gobind Singh Belasah Najib Dan Kroninya Kow-Kow!
link : DAP Gobind Singh Belasah Najib Dan Kroninya Kow-Kow!

Baca juga


DAP Gobind Singh Belasah Najib Dan Kroninya Kow-Kow!


Ahli parlimen Puchong DAP, Gobind Singh Deo dalam ucapannya di parlimen pada 8 Mac 2018, telah membelasah kow-kow Najib dan kroninya dengan membangkitkan beberapa isu sala laku kerajaan Najib dan beberapa agensi kerajaan.

Tidak ada seorang pun wakil kerajaan bangun untuk menyanggah hujah beliau yang begitu lantang dan berani.

Beliau dengan lantang telah membangkitkan isu tanah Felda, dengan merujuk kepada satu laporan akhbar dalam bulan Disember tahun lalu,  yang menyentuh berhubung tanah yang sepatutnya menjadi kepunyaan Felda, iaitu tanah di Jalan Semarak.

Apakah yang telah berlaku dalam isu siasatan tanah Felda yang dua bulan lalu menjadi topik yang hangat tapi sekarang kita lihat bagaimana ianya tidak disebutkan sama sekali, rungut Gobind

Beliau merujuk kepada kepada satu kenyataan Pengerusi Felda, Tan Sri Khalid Samad, " Felda telah menubuhkan sebuah jawatankuasa penyelidikan untuk menjalankan kajian semula undang-undang mengenai penipuan yang dikatakan jenayah yang ditemui di audit forensik projek Kuala Lumpur (KLVC) mengenai rekod dan dokumen transaksi pada tahun 2014. Laporan audit forensik menunjukkan penipuan jenayah telah dilakukan." (Bernama).

Gobind juga berasa hairan bagaimana Felda satu agensi yang satu agensi yang agak terkenal dan mempunyai tanggungjawab dan ketuanpunyaan terhadap satu tanah yang sangat besar tetapi tanah itu boleh hilang begitu sahaja?

“Hari ini tanah itu kepunyaan mereka, esok dikatakan tanah itu dipindah milik kepada pihak ketiga,” ujar beliau.

Selain daripada itu, menurut Gobind, bagaimana siasatan dalaman menunjukan bahawa perkara ini bukan satu perkara yang melibat kecuaian sahaja, tetapi perkara ini adalah melibatkan perkara apa yang disebut Fraud dan “Fraud Jenayah”

"Ada laporan polis dibuat berkenaan isu tanah Felda ini. Jadi apakah jawapan yang hendak diberikan melalui pihak polis berkenaan siasatan ini?" Tanya beliau.

Beliau ingin tahu sama ada tindakan akan diambit terhadap sesiapa.

Beliau juga berasa musykil sama ada pihak polis tidak akan menyiasat perkara ini kerana setelah adanya satu komitee yang menyiasat.

"Adakah ini bahawa pihak-pihak yang menyebabkan kehilangan tanah itu akan dibebaskan begitu sahaja?

"Perkara ini dilihat dan dibaca oleh semua. Ramai yang bertanya mengenai perkara ini," katanya.

Tanah beratus-ratus juta dikembalikan dalam satu minggu?

Gobind minta menteri untuk menjawab dalam dewan, “Adakah tanah itu telah dikembalikan?”

"Bila tanah itu hilang, satu laporan polis dibuat tangkapan dibuat. Kalau kita nak tuntut tanah itu ia akan mengambil masa, perlu pergi ke mahkamah dapat perintah bertahun-tahun.

"Tetapi tanah beratus-ratus juta itu dipindah begitu sahaja kemudian Pengerusi mengatakan, jangan takut, dalam seminggu tanah itu akan dikembalikan kepada kita.

"Apa ini? Tanya Gobind dengan kehairanan."

Gobind kehairanan bagaimana ada proses dimana tanah yang diambil beratus-ratus juta itu boleh dikembalikan dalam satu minggu.

"Sebenarnya kalau tanah itu telah dikembalikan kita sudah tahu kenapa tanah itu telah dipindah milik pada mulanya , pada awalnya. Kita perlu tahu bagaimana ianya dilakukan.Kalau kita sudah tahu, memang kita sudah tahu siapa yang terlibat … kalau kita sudah tahu siapa yang terlibat kenapa tindakan tidak diambil sekarang?" desak beliau.

Ini juga soalan yang perlu kita ajukan kepada SPRM.

Gobind membidas SPRM yang nampak hebat dan bekerja keras siang dan malam; keluarkan kenyataan macam-macam dan sebagainya mengenai isu terowong  Pulau Pinang.

"Tetapi kalau kita lihat sebenarnya bagaimana dengan SPRM ini, tahun lalu bila saya bangkit dalam parlimen, saya bawa isu berkenaan dengan telatah, tingkah laku ketua SPRM iaitu Tan Sri Zulkifli Ahmad, beliau terlibat dengan satu skandal di Bali.

"Video klip dikeluarkan yang jelas menunjukan beliau adalah orang itu.Malah beliau tidak menafikan beliau adalah orang yang terlibat dalam vdo klip itu.

"Sehingga sekarang adakah satu siasatan dalaman diadakan oleh SPRM?

"Kenapa tidak? Bukankah beliau juda seoarng pegawai yang perlu akur kepada peraturan-peraturan yang ada didalam SPRM? Kenapa ada cover-up dalam kes ini. Kenapa tidak ada sebarang jawapan diberikan oleh SPRM," ujarnya.

Kenapa tidak ada sebarang jawapan oleh Peguam Negara?

Kalau kita mahu pegawai-pegawai kita ambil tindakan secara serius, kita kena tunjukan bahawa pemimpin-pemimpin kita ada mengikut teladan; mereka ikut undang-undang, kata Gobind.

Beliau kesal kerana tindakan tidak diambil terhadap pegawai yang  melakukan kesalahan. Inilah masalahnya, beliau menegaskan.

Perdana Menteri Najib Gagal

Gobind turut membidas hujahan mereka bahawa Dato Seri Najib begini begitu baik dan sebagainya. Tetapi Dato Seri Najib, sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliau telah gagal memastikan sistem keadfila di Malaysia yang sama rata.

Menyentuh skandal kes RM2.6 billion, Gobind berkata, semua kita tahu yang perkara ini suatu perkara yang mendapat tumpuan seluruh dunia. Satu dunia berbincang tentang perkara ini.

“Tetapi di Malaysia ini, sampai sekarang tidak ada jawapan. Bila kita Tanya tentang perkara ini, mereka kata sub-judice… “Mana ada sub-judice kenapa ada sub-judice ? sergah Gobind.

Gobind turut menyentuh berkenaan satu kapal yang dijumpai (Equanimity)

“Orang bertanyakan tentang siasatan kapal… vdo klip dalam Bali pun kita tak boleh siasat, tak boleh selesai … kita mahu siasat satu kapalkah? Tanya beliau secara sinis.

“Ini adalah tahap kecerdikan pihak penyiasatan di Malaysia dan sangat melucukan,” bidas Gobind.

Gobind berasa kesal dengan jawapan Peguam Negara bila ditanya tentang penahanan kapal tersebut.

“Beliau berkata, ini adalah satu kapal yang besar. Kapal ini bukan hak milik Negara Malaysia.

“Kita bukan tanya sama ada kapal itu hak sesiapa. Soal sama ada ianya hak milik Malaysia tidak timbul.Apa yang kita ialah berkenaan apa kandungan kapal ini.

“Kapal itu menjadi satu tumpuan dalam proses siasatan DoJ. Proses bersangkutan dengan Jho Lo. Proses yang bersangkutan dengan 1MBD.

“Apa yang perlu kita buat ialah apabila kita ada satu kes, pihak polis akan berikan perintah buat serbuan keatas satu kedai atau pejabat kerana mereka mahu siasat apa yang ada dalam kedai atau pejabat itu.

“Kita ambil file, ambil komputer, kita baca email dan kumpulkan maklumat daripada situ. Maklumat itu akan bantu siatan. Inilah yang perlu dilakukan,” jelas Gobind

Apandi Ali tidak layak jadi Peguam Negara lagi

Di Malaysia, apabila kita dapat satu kapal yang besar sangat yang ada kemungkinan besar dalam kapal yang besar itu ada bukti-bukti yang akan membantu siasatan 1MBD, mengaitkan beberapa pemimpin terhadap isu itu, kita lihat Peguam Negara itu, dia buat tak tahu, kata Gobind.

“Dia kata ini bukan ketuanpunyaan Malaysia…

“Saya rasa kalau itu balasan daripada Peguam Negara kita, dia tidak layak jadi Peguam Negara lagi. Baik kita berikan jawatan itu kepada orang lain.

“Ini menjadi lelocon. Pengamal undang-undang yang membaca ini tergelak.

“Mereka kata, “Oh sekarang jadi begitu… kalau begitu kalau kita serbu rumah orang atau pejabat untuk kita siasat, adakah ini bermaksud rumah/pejabat ini adalah kepunyaankerajaan Mlaysia? Tidak.

“Jadi di mana lojiknya?” soal beliau.

Beliau menggesa menteri menjawab perkara ini. Mungkin Peguam Negara tidak mahu melakukan atau mengambil tindakan… Tetapi adakah itu bermaksud bahawa menteri juga akan berdiam diri? Soalnya.

Bagaimana dengan Perdana Menteri?

Gobind bertanya sama ada Perdana Menteri akan menyuarakan sesuatu mengenai perkara ini.

“Kita sebagai kerajaan Malaysia, kita boleh minta daripada kerajaan Indonesia untuk memberikan kita maklumat berkenaan dengan kapal itu.

“Ada peruntukan perundangan terpakai. Kita boleh minta daripada mereka. Adakah kita akan buat sedemikian?

“Atau adakah kita kan berdiam diri? Kita tengok sahaja biarkan perkara itu berlaku demikian sahaja…

Gobind merujuk kepada satu kenyataan akhbar tahun lalu dimana Ketua SPRM Tan Seri Zulkifli pada 17 Jun, 2017 menyatakan dengan cukup jelas bahawa SPRM tidak melakukan siatan ke atas 1MBD.

“Siasatan dilakukan oleh agensi lain dan beliau sebut dengan jelas iaitu oleh Polis. Menurut beliau pada 31 Oktober tahun lalu, Peguam Negara mengarahkan polis membuka semula siasatan 1MBD dengan melakukan siasatan lanjut keatas perkara tersebut kerana tidak cukup pembuktian.

“Jadi SPRM kata , kita tidak siasat, kita bagi kepada polis. Polis kata kita sudah bagi kepada Peguam Negara. Peguam Negara kata, saya hantar balik kepada polis .. minta mereka buka kembali kerana mereka tidak ada cukup bukti,” beliau berkata.

Adakah kita cuba menutup skandal 1MBD ?

Gobind turut menyatakan kesalnya terhadap Peguam Negara apabila di minta untuk ambil tindakan berhubung penahanan satu kapal (Equanimity) yang mungkin ada bukti di situ.

Menurutnya Peguam Negara kata, “Oh ini bukan hak kepunyaan Malaysia!” Mana masuk akal?? Bidas Gobind.

Gobind minta Peguam Negara memberi jawapan, mungkin melalui menteri dari Jabatan Perdana Menteri supaya berterus terang : Adakah kita cuba menutup skandal 1MBD ?

“Adakah kita membuat keputusan supaya kita tidak akan menyiasat perkara ini?

“Lebih baik terus terang bagi tahu kepada kita. Kalau tidak sampai bila ?

“Seluruh dunia bertanyakan tentang perkara ini, tapi kita masih tidak ada jawapan,” ujar Gobind

Bagaimana Menteri ini boleh tahu?

Gobind merujuk kepada satu kenyataan beberapa hari yang lalu oleh menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Razali Ibrahim, yang menyatakan bahawa menurut pengetahuan beliau, kapal ini tidak dibeli oleh 1MBD atau wang dari 1MBD.

Menurutnya sebelum ini SPRM kata, mereka tidak siasat 1MBD, perkara ini disiasat oleh polis. Menteri ini adalah menteri SPRM yang bertanggung jawab untuk SPRM.

Beliau hairan bagaimana menteri ini boleh memberi jawapan yang sedemikian?

Gobind menegas bahawa ini adalah perkara yang kita kena ambil dengan serius.

“Seperti mana yang disebut tadi, kita tanya bekenaan prestasi Barisan Nasional, mereka kata Perdana Menteri telah mengambil langkah-langkah membuat macam ini, macam itu tetapi kita lihat kepada sistem keadilan … laporan-laporan polis dibuat tetapi tidak ada tindakan.



Demikianlah Artikel DAP Gobind Singh Belasah Najib Dan Kroninya Kow-Kow!

Sekianlah artikel DAP Gobind Singh Belasah Najib Dan Kroninya Kow-Kow! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAP Gobind Singh Belasah Najib Dan Kroninya Kow-Kow! dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/03/dap-gobind-singh-belasah-najib-dan.html

Subscribe to receive free email updates: