ISU AIR - KERAJAAN SELANGOR ADA ALASAN KUKUH BATALKAN KONTRAK 30 TAHUN SPLASH

ISU AIR - KERAJAAN SELANGOR ADA ALASAN KUKUH BATALKAN KONTRAK 30 TAHUN SPLASH - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ISU AIR - KERAJAAN SELANGOR ADA ALASAN KUKUH BATALKAN KONTRAK 30 TAHUN SPLASH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ISU AIR - KERAJAAN SELANGOR ADA ALASAN KUKUH BATALKAN KONTRAK 30 TAHUN SPLASH
link : ISU AIR - KERAJAAN SELANGOR ADA ALASAN KUKUH BATALKAN KONTRAK 30 TAHUN SPLASH

Baca juga


ISU AIR - KERAJAAN SELANGOR ADA ALASAN KUKUH BATALKAN KONTRAK 30 TAHUN SPLASH

Jangan salahkan kerajaan negeri, kata MB

Kerajaan Selangor tidak seharusnya dipersalahkan dalam masalah gangguan bekalan air yang berlaku di negeri itu, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Kalau berani, salahkan perdana menteri," kata menteri besar Selangor itu.

"SPLASH bukan bawah kerajaan negeri. Kami dalam proses ambil alihnya tetapi ia belum selesai, kedua-dua pihak diberi masa sehingga Julai 2018 untuk memuktamadkannya.

"Jadi jika ia bukan aset (kerajaan negeri), bagaimana kami boleh masuk dan jalankan penyenggaraan?" soalnya.

ZAHARIN MOHD YASIN 

 Bila tak mahu buat kerja rumah.. Maka peluang pun digunakan menghentam. Akhirnya terpercik kemuka sendiri. Saya dah beri peringatan jangan gunakan isu air yang menyebabkan gangguan di Selangor dan Kuala Lumpur. Sebagai isu politik. Itu masalah kerosakan. 

 Dia berpunca dari Sistem Mampatan Udara (Surge Vessel System) di Loji Rawatan Air SSP3 pecah. Siapa tuan punya Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd atau ringkasannya SPLASH yang mengendalikan air bersih dan kemudian di salurkan kepada Syarikat Air Selangor? 

 Bukankah syarikat itu milik Tan Sri Razali Ismail, bukankah dia kroni UMNO? dan pemegang sahamnya Gamuda yang juga kontrektor yang sapu projek MRT di Kuala Lumpur yang jumlah berbilion RM. sebanyak 40%, dan Sweet Water Alliance Sdn Berhad 30% dan selebihnya Kumpulan Darul Ehsan dan diberi konsensi pada tahun 2000 di zaman Kerajaan Barisan Nasional. 

 Maka kenapa hendak diserang Kerajaan Selangor yang tidak bersalah? yang salah syarikat konsensi Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd atau ringkasannya SPLASH. 

 Ini syarikat milik kroni yang tidak ada kaitan dengan Kerajaan Selangor. 

Maka jangan spin.. malu lah, tembak kemuka sendiri, masuk gol sendiri.

HANNAH YEOH


Menurut kenyataan rasmi Hanah Yeoh, ADUN Subang Jaya, SPLASH memaklumkan minggu lepas bahawa gangguan air terjadual akan berlaku di kawasan yang terjejas untuk memudahkan kerja-kerja pembaikan peralatan kritikal di loji rawatan air Skim Bekalan Air Sungai Skim Fasa 3 (SSP3) selama 10 jam pada 6 Mac.

 Menurutnya, loji rawatan air SSP3 diuruskan oleh Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH). SPLASH telah dianugerahkan konsesi selama 30 tahun oleh Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini pada bulan Januari 2000 untuk membina, mengendali dan menyelenggara SSP3. Perniagaan utamanya ialah pengeluaran air terawat, yang dijual secara pukal ke SYABAS.

 Pada 6 Mac, SPLASH memaklumkan tentang sistem kapal surut yang meletup di loji rawatan air SSP3 yang menyebabkan kelewatan besar-besaran untuk memulihkan bekalan air ke kawasan yang terjejas, jelas Hannah Yeoh.

Hanah Yeoh berkata, pengurusan SPLASH harus dipertanggungjawab atas kegagalan mereka untuk mempersiapkan semua kontinjensi termasuk kecederaan yang disebabkan oleh para personel di tapak.

SPLASH gagal memberikan maklumat terkini mengenai status kerja pembaikan yang mengakibatkan lebih banyak gangguan terhadap rutin harian isi rumah dan operasi perniagaan, tambahnya lagi.

"SPLASH menjadi konsesi dan pembekal air terawat untuk SYABAS sepatutnya cukup kelengkapan untuk menangani kejadian tersebut dan sepatutnya lebih bersedia untuk mengendalikan insiden tersebut.

"Saya tidak dapat membayangkan impak melampaui Ahad ini jika campur tangan untuk kerja-kerja pembaikan tidak diberikan oleh Kerajaan Negeri."

Nampaknya, Kerajaan Selangor sudah mempunyai alasan yang kuku untuk membatalkan kontrak 30 tahun SPLASH diatas kecuaian tersebut. Tunggu apa lagi?


Demikianlah Artikel ISU AIR - KERAJAAN SELANGOR ADA ALASAN KUKUH BATALKAN KONTRAK 30 TAHUN SPLASH

Sekianlah artikel ISU AIR - KERAJAAN SELANGOR ADA ALASAN KUKUH BATALKAN KONTRAK 30 TAHUN SPLASH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ISU AIR - KERAJAAN SELANGOR ADA ALASAN KUKUH BATALKAN KONTRAK 30 TAHUN SPLASH dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/03/isu-air-kerajaan-selangor-ada-alasan.html

Subscribe to receive free email updates: