Makin ramai yang tak cerdik ulas isu 1MDB.

Makin ramai yang tak cerdik ulas isu 1MDB. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Makin ramai yang tak cerdik ulas isu 1MDB., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Makin ramai yang tak cerdik ulas isu 1MDB.
link : Makin ramai yang tak cerdik ulas isu 1MDB.

Baca juga


Makin ramai yang tak cerdik ulas isu 1MDB.

Oleh Hanipa Maidin 

 1. Saya betul-betul hairan mengapa lah bila tiba isu 1MDB, ramai orang yang tiba-tiba jadi tak begitu cerdik. 

 2. Saya baru membaca wawancara Majalah Tempo Indonesia dengan Duta Besar Malaysia ( dulu pernah joined PKR ). Dia dilaporkan berkata antara lain, jika FBI kata 1MDB melakukan penggubahan wang haram ( money laundering ) mengapa kah Arul Kanda tidak diperiksa? 

 3. Dia juga kata berdasarkan informasi yang kami dapat kapal Equanimity bukan milik Jho Low. Saya pula kata kongsilah informasi itu jika betul ada. Jika tak mahu kongsi, nanti orang lain pun boleh kata berdasarkan informasi mereka ,bapak ni temberang! 

 4. Yang lagi best dia juga kata tiada kes dalam isu 1MDB. Alasannya polis, SPRM dan AG telah selidiki dan tak jumpa apa apa penipuan. Tak jumpa ke atau tak mahu jumpa? Depa selidik apa kita pun tak tahu. 

 5. Maaflah, saya kena jawab sikit lah. Yang pertama, dia kata Arul Kanda tak diperiksa oleh 1MDB . Kena tengok dulu tarikh yang relevan bapak duta hoi. Bila Arul dilantik? . Dan bila pula tarikh yang dinyatakan dalam saman sivil DoJ ke atas 1MDB? 

 5. Berdasarkan kertas saman DoJ , dari tahun 2009 membawa kepada tahun 2015 , lebih dari $USD4.5bilion dalam tabung 1MDB didakwa telah disalahguna oleh para pegawai tinggi ( high officials ) 1MDB dan rakan kongsi mereka ( their associates ). 

 6. Sedangkan berdasarkan kenyataan akhbar dari 1MDB sendiri, Arul Kanda hanya dilantik sebagai Presiden dan Kumpulan Pengarah Eksekutif 1MDB pada 5-1-2015 menggantikan Mohd Hazem Abd Rahman. Jadi logiknya dari 2009-2014, Arul Kanda tak relevan pun kerana belum dilantik oleh 1MDB . Hatta yang tahun 2015, jika dah dilantik pun, bukan beliau tak dipanggil tapi belum dipanggil untuk diperiksa . Sabar lah Bapak Duta. Kini kes DoJ juga dah jadi kes jenayah, so sabar sikit ya bapak - siasatan ni ,orang kata, is an ongoing process. Jangan ingat FBI dan DoJ ni bodoh! 

 7. Bapak Duta juga kata Kapal Equanimity itu bukan milik Jho Low. Ehem. Jika bukan milik Jho Low awatlah sebelum ini ,Jho Low begitu repot ( sibuk ) buat komen ke atas rampasan kapal tu melalui jurucakap beliau. Dan tidak ada pun dalam kenyataan beliau itu, dia nafi yang dia pemilik kapal equanimity itu? Yang sibuk kata kapal itu bukan milik Jho Low setakat ini menteri BN dan kini bapak duta pula. Tak pelik ke bapak? 

 8. Polis, SPRM dan AG tak jumpa penipuan dalam 1MDB . Tak jumpa atau tak mahu jumpa? Pelik juga kata tak jumpa penipuan 1MDB, tapi mantan AG diarah letak jawatan, pegawai SPRM letak jawatan , TPM diarah berhenti, Anggota angota PAC dari parti sarkas dinaikkan pangkat jadi Timbalan Menteri, di Parlimen soalan tentang 1MDB banyak yang ditolak. Logiknya jika macam tu ,macam mana lah nak jumpa bapak! Allah lebih tahu. YB Sepang 19-03-2018.


Demikianlah Artikel Makin ramai yang tak cerdik ulas isu 1MDB.

Sekianlah artikel Makin ramai yang tak cerdik ulas isu 1MDB. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Makin ramai yang tak cerdik ulas isu 1MDB. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/03/makin-ramai-yang-tak-cerdik-ulas-isu.html

Subscribe to receive free email updates: