Analisis : Burger Percuma & Parlimen Permatang Pauh Bukan Lagi Kubu Keluarga Anwar

Analisis : Burger Percuma & Parlimen Permatang Pauh Bukan Lagi Kubu Keluarga Anwar - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Analisis : Burger Percuma & Parlimen Permatang Pauh Bukan Lagi Kubu Keluarga Anwar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Berita, Artikel Fakta, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel Politik, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Analisis : Burger Percuma & Parlimen Permatang Pauh Bukan Lagi Kubu Keluarga Anwar
link : Analisis : Burger Percuma & Parlimen Permatang Pauh Bukan Lagi Kubu Keluarga Anwar

Baca juga


Analisis : Burger Percuma & Parlimen Permatang Pauh Bukan Lagi Kubu Keluarga Anwar

Parlimen Permatang Pauh adalah salah satu daripada kerusi panas yang menjadi perhatian penganalisis politik.


Persoalannya, apakah Nurul Izzah mampu menang kerusi parlimen tersebut menggantikan Wan Azizah yang menang semasa PRK pada Mei 2015?

Dan kenapakah Nurul Izzah dipindahkan ke Permatang Pauh dan Wan Azizah melompat ke parlimen Pandan menggantikan Rafizi Ramli yang sarat dengan kes mahkamah kerana pembohongan dan fitnahnya?

Apakah Nurul Izzah masih boleh menggunakan nama bapanya untuk mendapatkan undi penduduk setempat? Anwar sedang berada di Penjara Sungai Buloh kerana kes liwat

Jentera Nurul Izzah mungkin sudah membuat kiraannya dan menganggap kerusi tersebut adalah kerusi selamat untuk beliau. Tetapi mereka gagal untuk mengambilkira jumlah penyokong-penyokong parti PAS di Permatang Pauh terutamanya di kubu kuat mereka, Permatang Pasir.

Kita rujuk keputusan PRK pada tahun 2015 :


Pada PRU13, Salleh Man, calon PAS telah mendapat 13,479 undi Permatang Pasir. Nurul Izzah berkemungkinan besar akan kehilangan undi yang banyak di DUN Permatang Pasir.


Tetapi pada PRU14 ini, parti PAS tidak lagi bersama PKR. Nurul Izzah juga akan hilang undi penyokong-penyokong PAS di DUN Seberang Jaya dan DUN Penanti. Dan kali ini, calon PAS juga bertanding di parlimen itu.

Jika dibandingkan dengan PRU13, Wan Azizah juga mengalami kemerosotan undi majoriti yang signifikan.

Dan walau pun undi majoriti itu agak tinggi, kita jangan lupa bahawa pada PRU tahun 2004, Wan Azizah hanya mendapat 590 undi majoriti dan lawannya ialah Ustaz Firdaus Ismail, calon BN. Malah, undi rosak ialah 647 lebih banyak daripada undi majoriti.

Pakatan juga gagal untuk menilai keberkesanan Dato Mohd Zaidi Mohd Said menyantuni dan berkhidmat kepada rakyat setempat tanpa jemu-jemu dan berterusan dari dahulu lagi. Beliau adalah Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, anak tempatan dan calon BN untuk parlimen Permatang Pauh.

Begitu juga dengan khidmat Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin, calon BN DUN Seberang Jaya, Anuar Faisal Yahaya, calon BN DUN Permatang Pasir dan Suhaimi Sabudin, calon BN DUN Penanti.

Perkara ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapa termasuk pihak pembangkang setempat. Malah rakyat setempat lebih mudah untuk mengadu permasalahan mereka kepada Mohd Zaidi jika dibandingkan dengan Wan Azizah yang tidak menetap di Permatang Pauh.

Ianya juga amat berbeza dengan Nurul Izzah yang sebelum ini hanya sekali sekala sahaja hadir di bumi Permatang Pauh ini. Beliau juga dilihat hanya mengharap kepada nama Anwar Ibrahim sahaja.

Realitinya, parlimen yang dimenangi oleh Nurul Izzah pada PRU13 adalah di Lembah Pantai bukannya Permatang Pauh, itu pun beliau terpalik dengan pengakuan yang beliau telah berbohong besar memfitnah calon BN Lembah Pantai, sehari sebelum mengundi pada PRU13.

Tindakan Wan Azizah melompat ke Pandan juga boleh ditafsirkan kepada kerisauan beliau dan partinya tentang kemungkinan beliau akan kalah di Permatang Pauh. Bagi PKR, sebagai Presiden parti dan calon timbalan PM puak pembangkang, Wan Azizah tidak boleh kalah pada PRU14 nanti.

Wan Azizah tidak boleh mengambil risiko untuk kalah kerana jika berlaku, akan berlaku huru hara di dalam parti PKR dan kem yang tidak sebulu dengan Wan Azizah akan mengambil kesempatan untuk mengangkat calon mereka lebih tinggi daripada sekarang. Anda boleh mengagak siapakah calon tersebut.

Kerana itu Wan Azizah berpindah ke Pandan, kerusi selamat Pembangkang.

Sebenarnya, Pilihanraya umum ke-14 kali ini adalah yang paling mudah untuk pengundi-pengundi parlimen Permatang Pauh membuat keputusan untuk memilih wakil rakyat yang benar-benar bersama dan berkhidmat untuk mereka.

Perbandingannya sangat jelas. Rakyat Permatang Pauh pun tahu.

Jika rakyat parlimen Permatang Pauh tidak termakan dengan propaganda simpati atau burger percuma tetapi berlandaskan kepada bukti gerak kerja membantu rakyat yang tidak mengenal penat lelah, maka pilihannya begitu jelas.

Bukan sahaja akan memiliki wakil rakyat yang akan terus bersama rakyat Permatang Pauh tetapi segala perancangan di dalam Manifesto BN Permatang Pauh akan dilaksanakan. Itu pun untuk kemudahan dan kesejahteraan rakyat Permatang Pauh.

Penulis tidak pasti sama ada Nurul Izzah mempunyai manifestonya untuk rakyat Permatang Pauh. Tetapi penulis pasti Manifesto PH tidak boleh dipakai kerana PH adalah satu pakatan haram yang tidak mendapat kelulusan ROS disebabkan salah parti PPBM itu sendiri.


Apa yang perlu dilakukan oleh pengundi-pengundi Permatang Pauh dan juga seluruh Malaysia adalah untuk keluar mengundi pada 9 Mei dan memangkah kotak di sebelah logo Barisan Nasional.




Demikianlah Artikel Analisis : Burger Percuma & Parlimen Permatang Pauh Bukan Lagi Kubu Keluarga Anwar

Sekianlah artikel Analisis : Burger Percuma & Parlimen Permatang Pauh Bukan Lagi Kubu Keluarga Anwar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Analisis : Burger Percuma & Parlimen Permatang Pauh Bukan Lagi Kubu Keluarga Anwar dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/05/analisis-burger-percuma-parlimen.html

Subscribe to receive free email updates: